[VIDEO] Pelarian Myanmar disyaki redah lampu isyarat, langgar lari anak orang dekat Sungai Petani


  • Tular
  • Isnin, 14 Ogos 2023

Tangkap layar seorang lelaki pemegang kad UNHCR dipercayai melanggar lampu isyarat sebelum merempuh seorang warganegara di sekitar Amanjaya Sungai Petani, Kedah.

SEORANG lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dirakam melanggar lampu isyarat sebelum merempuh seorang warganegara di sekitar Amanjaya Sungai Petani, Kedah.

Kejadian itu dimaklumkan menerusi satu hantaran video ringkas di laman Twitter pada Isnin.

Lelaki tersebut difahamkan bertindak melarikan diri selepas beberapa minit berada di lokasi kejadian.

"Pelarian haram penceroboh UNHCR tak dibenarkan bawa kenderaan. Langgar lampu merah, langgar rakyat Malaysia siapa nak tanggung?" demikian kapsyen pada klip video berkenaan.

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian dan perkembangan terkini mangsa pada ketika ini.

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram