[VIDEO] Penunggang motosikal nyaris digilis lori angkara warga asing naik basikal belok mengejut di Kulim


  • Tular
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Tangkap layar kejadian seorang penunggang motosikal terjatuh lepas berlanggar dengan warga asing naik basikal.

SEORANG penunggang motosikal nyaris digilis lori selepas terjatuh akibat berlanggar dengan penunggang basikal warga asing dalam kejadian di Kulim Hi-Tech, Kedah pada Jumaat.

Pada awalnya, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan, seorang lelaki yang dipercayai merupakan warga asing menunggang sebuah basikal di lorong paling kiri.

Secara tiba-tiba, warga asing itu bertindak memasuki ke lorong kanan jalan raya secara melulu sehingga mengakibatkan pelanggaran bersama penunggang motosikal yang melalui jalan sama.

BACA LAGI: 'Saya bantu Derrick Gan sebagai tanda sokong Malaysia', pemilik kedai capai target hadiahkan Honda RS150

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan jatuh dan terseret beberapa meter di jalan raya sebelum merempuh sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Panik melihat kejadian, beberapa pemandu kereta yang berada di kawasan berkenaan bergegas membantu mangsa.

Bagaimanapun tahap kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan, begitu juga dengan warga asing tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap masyarakat terutama warga asing lebih peka dan tidak bertindak secara melulu di jalan raya.

"Warga asing memang bawa basikal ikut mereka sahaja, mahu pergi kanan ke kiri, mahu langgar," tulis Marsitah Ita.

"ALLAH, nasiblah jatuh ke arah situ, kalaulah jatuh di bahagian lori panjang cerita, di sini memang kerap kemalangan, kadang mereka nampak kita datang pun tetap nak lintas jalan, jenis bangsa tak reti tengok kiri kanan," tulis Mohd Shafirul Azra.

"Sepatutnya pihak berkuasa kena pantau laa, warga asing tidak boleh naik apa-apa kenderaan kerana mereka ini bukan tahu undang-undang, mereka ini kalau nak bergerak kena guna pengangkutan awam," tulis Pak Su. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram