HATI ibu mana yang tidak remuk apabila mengetahui anak kesayangannya mati dibunuh.
Lebih memeritkan, jika si ibu terpaksa bersemuka dengan si pembunuh semasa sesi pengadilan.
Pastinya, hati si ibu akan penuh dengan rasa dendam dan benci melihat pembunuh anaknya berada kurang 10 meter di depannya.
Sama seperti kisah seorang wanita Jerman yang pernah mengejutkan dunia apabila bertindak drastik membela nasib anak perempuannya, Anna yang dibunuh seorang lelaki pada 5 Mei 1980.
BACA LAGI : Siap rantai macam anjing, pembunuh bersiri guna kontena simpan mangsa
Kisah Marianne yang masih diingati sehingga sekarang.
BACA LAGI : Pembunuh bagi siku dekat peguam sendiri lepas mahkamah jatuhkan hukuman mati
Wanita bernama Marianne Bachmeier itu menjadi fenomena apabila tindakannya menembak pembunuh tersebut ketika perbicaraan di mahkamah sehinggan kisahnya diadaptasi menjadi sebuah filem bertajuk Der Fall Bachmeier.
Filem tersebut mengisahkan tentang kisah Marienne berjuang menuntut keadilan bagi kes pembunuhan anaknya yang berusia tujuh tahun.
Kanak-kanak terbabit ditemui maut dibunuh suspek, Klaus Grabowski, 35, yang juga merupakan jiran Marianne.
Grabowski ketika itu adalah seorang penjual daging dikatakan telah melakukan pembunuhan kejam terhadap mangsa.
Dia dilaporkan menyimpan mangsa di rumahnya selama beberapa jam sebelum mencekik mangsa menggunakan sepasang sarung kaki.
Grabowski kemudiannya dikatakan menyimpan mayat mangsa di dalam kotak sebelum membuangnya di tepi parit.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada suspek melakukan serangan seksual atau tidak kerana dia menafikan perkara tersebut.
Namun, Grabowski juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau iaitu mencabul kanak-kanak.
Pada sesi perbicaraan kes itu pada 6 Mac 1981, Marianne akhirnya membalas dendam kematian anaknya apabila melepaskan sebanyak tujuh das tembakan ke arah suspek.
Selepas enam tembakan itu, suspek dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, Marianne pula dihadapkan ke perbicaraan atas kesalahan membunuh dan dikenakan hukuman penjara selama enam tahun tetapi dibebaskan awal tiga tahun.
Dia meninggal dunia pada 1996 pada usia 46 tahun akibat kanser ketika mendapatkan rawatan di hospital Lubeck.
Klip video yang diadaptasi semula itu juga mendapat perhatian ramai kerana tindakan Marianne dilihat sebagai seorang yang berani untuk membela kematian anaknya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram