[VIDEO] Didakwa angkara perbuatan khianat, wanita rugi puluhan ribu kereta hangus terbakar


  • Tular
  • Ahad, 21 Jan 2024

Tangkap layar kenderaan milik seorang wanita yang terbakar di Taman Maluri dekat Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.

SEORANG wanita terpaksa menanggung puluhan ribu ringgit apabila kereta kesayangan terbakar di Taman Maluri dekat Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.

Melalui perkongsian adik lelaki mangsa, Amirul Affi Romli mendakwa kenderaan jenis Mazda kakaknya itu terbakar berkemungkinan angkara perbuatan khianat.

"Pada pukul 2 pagi Jumaat, keluarga saya dikejutkan dengan panggilan daripada jiran yang memberitahu kereta kami terbakar. Semua berlari ke belakang sebab takut merebak ke rumah.

"Alhamdulillah bomba berjaya sampai dengan pantas memadamkan kebakaran sebelum merebak ke rumah kami.

"Sehari selepas itu, pada pukul 12.05 tengah malam Sabtu, ada seorang budak lelaki tak dikenali menghampiri kereta dengan penuh mencurigakan.

"Dia kemudian lari tak cukup tanah sebab kena sergah oleh adik saya sebab nampak dia macam nak buat sesuatu (takut mungkin dia cucuh api lagi)," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita penggal kepala anak jiran, pura-pura ikut solat jenazah

BACA LAGI: [VIDEO] 'Takkan asyik terlepas bas', Imigresen digesa gempur warga asing disyaki buat TBS macam rumah

Jelas Amirul lagi, agak mustahil untuk kereta kakaknya itu terbakar sendiri tanpa enjin hidup.

"Tiada apa-apa bahan yang mudah terbakar dalam kereta seperti semburan pewangi aerosol atau powerbank.

"Kalau ada sesiapa kenal budak ini tolong beritahu dia tinggal di mana dan anak sapa. Bukan nak tuduh dia yang buat cuma nak tanya sahaja," tulisnya.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat namun setakat berita ini ditulis belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram