'Ni dah tahap macam pintu gerbang', tular penghuni pasang gril haram dekat laluan keluar apartment di Rawang


  • Tular
  • Ahad, 28 Jan 2024

Gril tambahan yang dipasang di sebuah aparment dekat Rawang, Selangor. — Twitter/mynewshub

ISU pengubahsuaian rumah yang tidak memenuhi ciri keselamatan terutamanya di flat atau pangsapuri sememangnya menjadi antara topik yang sering menjadi tumpuan dan dibincangkan dalam kalangan netizen di dalam negara.

Terbaharu, tular satu lagi insiden menyaksikan tindakan penghuni sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor yang memasang gril tambahan di laluan utama keluar masuk bangunan tersebut.

Berdasarkan gambar dikongsikan oleh akaun X, mynewshub itu, gril tersebut turut dibiarkan dalam keadaan berkunci.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Apartment Kekwa, Blok B, Banadar Bukit Beruntung.

"Gril tambahan yang asalnya tidak ada. Dikhuatiri mewujudkan masalah andai berlaku kebakaran dan pintu itu terkunci," tulis ciapan tersebut pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Ubah suai kediaman flat sampai meter air jiran duduk dalam rumah

photo1706400368

Gril tambahan yang dipasang di laluan keluar masuk apartment terbabit. — Twitter/mynewshub

BACA LAGI: 'Perlukan intervensi bomba', rider mengamuk laluan koridor flat dihalang pintu gril besi

Pada masa sama, hantaran tersebut mendakwa bahawa laporan sudah kepada pihak bomba, namun dipercayai belum ada sebarang tindakan diambil setakat ini.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata warganet mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu yang disifatkan membahayakan keselamatan penghuni apartment berkenaan.

"Ni dah tahap pintu gerbang oi," kata Fird_4u5.

"Sampai macam tu sekali letak gril...Otak letak mana," soal FernndoAlonso14.

"Esok kalau berlaku terbakar, habis semua mampus," tulis The_MentosMY.

Dalam pada itu, seorang warganet, apeinhd berkata, aduan mengenai perkara tersebut sepatutnya dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk diambil tindakan.

"Biar kasi roboh struktur haram macam ni," ujarnya.

Majoriti sedang cuba untuk mendapatkan respons daripada pihak bomba Selangor mengenai status aduan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram