
JENAMA OGAWA sudah bertapak hampir tiga dekad dalam industri kerusi urut terutamanya di Malaysia.
Di sebalik populariti yang meluas itu, OGAWA terus berevolusi dalam memastikan penerimaan pengguna terhadap mereka terus tinggi.
Oleh itu, OGAWA mengambil inisiatif baharu dengan memperkenalkan sebuah stor berkonsep (concept store) yang dikenali sebagai ogawa by OGAWA. Stor berkonsep yang mengamalkan dekorasi berwarna cerah dan lebih trendy mensasarkan golongan muda sebagai kumpulan sasar mereka.
Menurut Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong, ogawa by OGAWA juga merupakan satu usaha pihak OGAWA untuk mendekati lebih ramai pengguna dengan menawarkan pengalaman pelanggan yang unik selain daripada menyebarkan mesej mengenai kepentingan penjagaan kesihatan kepada seramai mungkin.
Usaha ini bermula selepas OGAWA mendapati kesedaran mengenai penjagaan kesihatan semakin tersebar dalam kalangan pengguna mengenai penjagaan kesihatan, terutamanya selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia.
“Ramai orang kenal OGAWA sebagai jenama kerusi urut premium. Hari ini, kami meluaskan jenama OGAWA kepada market segment yang berbeza. Golongan sasar bagi ogawa by OGAWA ini adalah warga muda yang trendy dan gemarkan alatan urut yang bersaiz kompak dan bersifat on-the-go.
“Oleh kerana itu, kami memperkenalkan ogawa by OGAWA. Jika dilihat pada logonya, tulisnya lebih kecil menandakan ia ibarat anak kepada OGAWA. Selain itu, ia turut melambangkan yang direka khas bagi golongan muda,” katanya.
BACA LAGI: The Star raih emas Putra Brand Awards 2023
Leong Boon Hong merupakan Pengarah OGAWA Malaysia. — YAP CHEE HONG/The Star
Dengan menjadikan pusat membeli belah terkemuka seperti Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur sebagai lokasi terbaharu, ia adalah mesej jelas OGAWA untuk menarik lebih ramai pelanggan dalam kalangan anak muda mendapatkan produk mereka.
“Sudah pasti, kami sudah melakukan kajian dan pemerhatian terlebih dahulu mengenai corak pelanggan yang datang ke Sunway Velocity.
“Kami berasakan kelompok pelanggan yang sering datang ke Sunway Velocity adalah sesuai dengan kumpulan sasar kami. Mereka adalah pelanggan yang terdiri daripada golongan muda dan mempunyai fokus untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh itu, kami memilih lokasi ini selepas cawangan pertama di IOI City Mall, Putrajaya,” katanya.
Sempena pembukaan cawangan baharu, ogawa by OGAWA turut mengadakan promosi istimewa dengan menawarkan kombo dua produk pada satu harga.
Dengan penjimatan harga sehingga 60 peratus, pelanggan boleh mendapatkan EM-X Eye Massager dan Buzzy Touch dengan harga RM568 sahaja (harga asal: RM1,598).
EM-X Eye Massager merupakan produk yang sesuai untuk golongan muda pada masa kini yang banyak menghabiskan masa di depan skrin komputer. Alat ini akan membantu mengurut mata serta menambah baik peredaran darah.
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh dapatkan kombo Pulse Lite dan Intellab pada harga promosi RM888 (harga asal: RM1,984) atau gabungan MotionX, Intellab dan iSpeed Bike.
Salah satu promosi kombo Harmony Bundle yang diperkenalkan oleh OGAWA.
Dengan hanya berdiri di atas Pulse Lite, pengguna dapat mengurangkan berat badan mereka dan memperoleh bentuk badan ideal. Selain itu, mereka juga boleh melihat kemajuan mereka dalam usaha mengurangkan berat badan menerusi Intellab.
Bagi mereka yang ingin bersenam dengan lebih banyak, gandingan trio Motion X, Intellab dan iSpeed Bike adalah kombinasi lengkap treadmil, basikal senaman serta mesin penimbang pintar yang pastinya dapat membantu pelanggan memperoleh gaya hidup sihat. Kombo ini boleh didapati pada harga RM2688 sahaja (harga asal: RM7183).
Sasaran 9 angka
Bercakap mengenai sasaran ogawa by OGAWA, besarlah hajat Boon Hong untuk menyaksikan jumlah jualan berjaya ditingkatkan berbanding tahun lepas. Sasarannya mudah saja, dia mahu lihat OGAWA tampil lebih cemerlang pada 2024 berbanding tahun sebelumnya.
“Saya tidak boleh dedahkan secara terus nilai yang kami sasarkan, tetapi semestinya kami nak buat lebih baik berbanding tahun lepas. Kami letakkan sasaran untuk memperoleh jualan berjumlah sembilan digit pada 2024,” katanya.
Untuk memastikan sasaran itu diraih, Boon Hong mengatakan OGAWA bersedia untuk mengadakan pelbagai projek kerjasama bagi meluaskan potensi pelanggan mereka.
BACA LAGI: Star Media Group lantik Chan Seng Fatt sebagai CEO
Leong Boon Hong berharap jualan OGAWA pada 2024 mencapai sasaran lebih baik berbanding tahun lalu. — YAP CHEE HONG/The Star
“Dalam dunia perniagaan yang semakin dinamik, jika sesebuah jenama itu sudah cukup besar, ia mampu untuk menarik orang ramai dengan mudah, tapi itu terhad kepada mereka yang sudah mengenali jenama tersebut. Tapi bagaimana nak dapatkan pelanggan baharu?
“Caranya dengan berkerjasama dengan jenama lain. Tapi kami tak main tangkap muat dalam mendapatkan jenama untuk kerjasama ini. Syarikat yang akan bekerjasama dengan OGAWA haruslah mempunyai falsafah dan nilai yang sama.
“Untuk tahun ini, dijangka akan ada dua, tiga kerjasama dilakukan melibatkan jenama daripada industri yang sama atau entiti yang bukan daripada industri kami. Tapi yang paling penting, jenama yang akan bekerjasama dengan OGAWA adalah jenama yang kuat, mempunyai falsafah serupa serta nilai yang hampir serupa,” jelas Boon Hong di akhir perbualan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram