STAR Media Group Bhd (SMG) mengumumkan pelantikan Chan Seng Fatt sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2024.
Pelantikan Chan, 60, dilaporkan sebagai pengganti kepada Alex Yeow Wai Siaw yang akan ditamatkan kontraknya pada 29 Februari ini.
Susulan pelantikan itu, Chan akan meletakkan jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas SMG pada 29 Februari. Beliau menyandang jawatan itu sejak dilantik pada 11 Ogos 2018.
BACA LAGI : The Star raih emas Putra Brand Awards 2023
Chan yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SMG. — The Star
BACA LAGI : Majoriti 7 raih anugerah Putra Aria Brand Awards 2023
Selain itu, beliau juga akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Ahli Jawatankuasa Pencalonan pada hari sama selepas peletakan jawatannya.
Untuk rekod, Chan merupakan seorang Akauntan Bertauliah di Institut Akauntan Malaysia.
Beliau mempunyai lebih 30 tahun pengalaman meliputi pelbagai aspek iaitu pengauditan luaran dan pengurusan, pengurusan kewangan, kewangan korporat, pembrokeran saham dan operasi peringkat senior serta pengurusan am.
Beliau juga dilaporkan pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama lima tahun dari 2007 hingga 2012 di Tradewinds Plantation Bhd.
Bukan itu sahaja, Chan pernah memegang beberapa jawatan lain di pelbagai syarikat awam dan swasta termasuk Lembaga Pengarah Salcon Bhd dan Skyworld Development Bhd. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram