BOLEH dikatakan di Malaysia hampir setiap tahun berlaku kes kanak-kanak ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta.
Ada yang sempat diselamatkan dan ada juga yang berakhir dengan tragedi kematian.
Pada tahun lalu sahaja, media melaporkan beberapa kes kanak-kanak dan bayi yang tertinggal di dalam kereta meninggal dunia.
Terbaharu, Majoriti melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan di sebuah kawasan parkir di Hospital Shah Alam, Selangor pada Selasa.
Lebih malang lagi, ibu mangsa yang juga kakitangan hospital itu hanya menyedari insiden terbabit selepas dihubungi suaminya.
Kanak-kanak perempuan tersebut ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Axia selama empat jam.
BACA LAGI : Budak perempuan 5 tahun maut, 4 jam tertinggal dalam kereta di parkir Hospital Shah Alam
Kanak-kanak malang itu meninggal dunia di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama empat jam di sebuah kawasan parkir di Hospital Shah Alam pada Selasa.
Mengimbau kembali kes seumpama itu, tragedi tersebut bukanlah kali pertama terjadi yang melibatkan kakitangan hospital.
Pada 6 Oktober lalu, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam di dalam kereta ibunya di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM), Cheras, Kuala Lumpur.
Siasatan polis mendapati ibu mangsa meletakkan mangsa di bahagian belakang penumpang sebelah kiri di dalam kereta untuk dihantar ke taska pada pukul 7.20 pagi.
Bagaimanapun, ibu mangsa terus memandu keretanya ke tempat kerja dengan anggapan mangsa sudah dihantar ke taska dan hanya menyedari perkara tersebut pukul 5.53 petang.
Seorang bayi meninggal dunia selepas tertinggal kira-kira 10 jam di dalam kereta ibunya di kawasan parkir kenderaan Hospital Canselor Tunku Muhriz (HTCM), Cheras, Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu.
BACA LAGI : [VIDEO] Ajal berbasikal, budak lelaki maut digilis lori di Telok Gong
Pada bulan sama dan hanya berbeza selang 25 hari, negara dikejutkan lagi dengan kematian seorang bayi perempuan berusia 16 bulan setelah ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta bapanya.
Mangsa yang juga anak seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus, Terengganu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh bapanya pada pukul 4.30 petang di pusat pengajian itu.
Media melaporkan bapa kanak-kanak tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak IPTA berkenaan pada sebelah pagi.
Melihat keadaan ini, pastinya kita tidak mahu lebih banyak nyawa anak kecil yang tidak berdosa terkorban semata-mata disebabkan kekhilafan pihak tertentu.
Rentetan itu, Majoriti menyenaraikan beberapa tips ini mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk ibu bapa atau penjaga supaya menjadi lebih peka.
1. Mulakan tabiat periksa tempat duduk belakang
Letakkan kerusi anak di tengah-tengah kerusi belakang bagi memastikan anda boleh memantau dan mengetahui bahawa anda sedang membawa anak anda. — Gambar Hiasan
BACA LAGI : [VIDEO] Macam 'WWE', pencuri motosikal tergamam kena hempuk 'owner' di Sabah
Anda boleh memulakan tabiat memeriksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta. Walaupun anda memandu berseorangan tanpa anak, tetaplah anda periksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta.
Jadikan tabiat tersebut sebagi rutin harian dan pastikan pasangan anda juga melakukan perkara yang sama.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan kerusi anak di tengah-tengah kerusi belakang. Ini bagi memastikan anda boleh memantau dan mengetahui bahawa anda sedang membawa anak anda.
2. Letakkan barang anak di kerusi hadapan
Contoh mainan yang boleh diletakkan di kerusi hadapan. — Gambar Hiasan
Sebagai peringatan tambahan yang anda sedang membawa anak anda sekali, letakkan barangan anak anda seperti beg bayi di kerusi hadapan.
Jika beg anak anda masih ada di kerusi hadapan, ini bermakna anak anda masih lagi bersama anda dalam kereta dan belum dihantar ke tempat pengasuh.
Anda juga boleh meletakkan benda atau objek kecil di atas dashboard kereta anda untuk mengingatkan si manja masih lagi di kerusi belakang.
3.Muat turun aplikasi Waze
Aplikasi Waze juga boleh membantu memberi peringatan kehadiran si comel dalam kenderaan.
Tahukah anda, selain memudahkan urusan mencari jalan dan petunjuk arah destinasi yang kita inginkan, aplikasi Waze juga boleh membantu memberi peringatan kehadiran si manja dalam kenderaan.
Ada fungsi khusus yang dinamakan Child Reminder. Gunakan aplikasi ini walaupun mungkin anda sudah mengetahui selok-belok jalan yang perlu dilalui.
Apabila anda tiba ke destinasi, notifikasi Child Reminder akan dikeluarkan. Ia juga boleh dianggap cara berkesan untuk mengelak daripada tertinggal si kecil dalam kenderaan.
Terlupa boleh berlaku kepada sesiapa, tetapi kita boleh mencegahnya. Kejadian sindrom terlupa anak atau Forgotten baby Syndrome boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Langkah terbaik untuk mengelakkan kemalangan akibat sindrom ini adalah dengan ibu bapa mendidik diri mereka dan cuba mengambil langkah proaktif untuk mengelakkan diri mereka terlibat dalam tragedi seperti ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram