[VIDEO] Pengemis Rohingya menyamar wanita makin bermaharajalela di Banting


  • Tular
  • Selasa, 16 Jan 2024

Seorang pemilik kenderaan berdepan dengan detik cemas selepas keretanya dihampiri seorang pengemis Rohingya yang kelihatan cuba membuka pintu keretanya baru-baru ini.

TINDAKAN seorang pengemis warga asing dipercayai etnik Rohingya seolah-olah cuba membuka pintu sebuah kenderaan di kawasan parkir dekat Banting, Selangor mengundang 1,001 persoalan warga maya.

Tindakannya itu sempat dirakam oleh pemilik kenderaan tersebut dan dimuat naik semula di laman X (Twitter) @MALAYSIAVIRALLL pada Selasa.

"Seram, Rohingya itu buat apa pegang pintu kereta lama-lama?," ciapnya.

Dakwanya lagi, pengemis tersebut berkemungkinan seorang lelaki yang menyamar sebagai wanita untuk meraih simpati.

"Kalau perasan muka dengan tangan dia macam lelaki dan di dada seperti ada 'something'.

"Dia (pengemis) tak sedar ada orang dalam kereta sebab cermin gelap. Lokasi Banting," katanya.

BACA LAGI : [VIDEO] Teman wanita dakwa ditolak kekasih jatuh jambatan P.Pinang, polis siasat cubaan bunuh

BACA LAGI: [VIDEO] Angkara bergaduh, lelaki nekad terjun lepas tertolak teman wanita sampai terjatuh Jambatan P.Pinang

Melalui video berdurasi 17 saat tersebut, kelihatan pengemis berkenaan memakai tudung dan menggunakan pelitup muka untuk mengelakkan mukanya daripada dikenali.

Dalam video tersebut juga dilihat dengan jelas tangan kanannya memegang pintu kereta tersebut.

Malah penampilan yang pelik dan jelas seperti lelaki juga turut menjadi bualan warga maya.

"Memang jelas muka lelaki walaupun pakai pelitup muka, dada pelik pula seperti diletakkan sesuatu," kata NorzyAhmad.

Sementara itu, Alfie pula menasihatkan penduduk di sekitar Banting untuk lebih berhati-hati kerana lambakan etnik Rohingya yang semakin meningkat di kawasan tersebut.

"Banting ini sudah menjadi tempat Rohingya, mereka semakin ramai tetapi kerajaan pejam mata. Mereka pandai guna agama, minta derma tetapi realiti terlibat banyak kes jenayah," katanya.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan mangsa ataupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram