[VIDEO] 'Aku dah berhenti, dia masih usik', Cikgu Ayu menangis dakwa dibuli pegawai atasan


  • Tular
  • Khamis, 01 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan Cikgu Ayu yang tidak dapat menahan air matanya.

SEORANG pempengaruh media sosial tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan tentang tindakan individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Wanita yang juga merupakan seorang bekas guru di sebuah pra-sekolah dan lebih dikenali sebagai Cikgu Ayu itu mendakwa salah seorang pegawai pendidikan cuba memburukkan namanya walaupun dia sudah tidak mengajar lagi.

Menerusi video siaran langsung yang dilakukan di TikTok baru-baru ini, Cikgu Ayu mendakwa, individu berkenaan masih menggunakan beberapa gambar berkaitannya sebagai modal kutukan kepada pelajar dan guru lain.

BACA LAGI: Sekolah tutup komen Facebook selepas tular video cikgu lempang, tendang murid di Terengganu

BACA LAGI: Remaja OKU kena buli cikgu ada 'trust issue', perlu masa pulih trauma

Tidak mampu menahan sedih, dia dilihat terus mengalirkan air mata sambil mendedahkan bahawa individu berkenaan menjadi punca dia terpaksa berhenti.

"Lama aku sabar, aku dah berhenti, dia usik lagi aku. Aku dah berhenti, dia tunjuk gambar aku depan ramai Cikgu pra.

"Dia kata, 'jangan main TikTok' dan sebagainya. Aku berhenti sebab dia. Siapa yang tak sayang, gaji RM4,000 sebulan," luahnya.

Bukan itu sahaja, Cikgu Ayu mendakwa, segala tindakannya ketika bekerja di sekolah tersebut juga sentiasa disalahkan.

Sementara itu, rata-rata warganet turut meluah simpati terhadap perkara yang menimpa Cikgu Ayu serta mendoakan agar dia diberikan rezeki dengan kerjaya baharunya iaitu sebagai usahawan.

"Semoga rezeki awak lebih baik selepas itu," komen Zara Moza.

"Harap bertabah hati cikgu dan semoga dipermudahkan segala urusan dan rezeki cikgu," tulis HanMing Chew.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa bahawa kejadian yang menimpa Cikgu Ayu itu adalah perkara normal dalam dunia pendidikan.

"Kes Cikgu Ayu ini biasa dalam dunia pendidikan, tiada siapa yang perlu dipersalahkan sebab bila sesuatu tular memang akan timbul isu," dakwa Sis Rosnie Arifin.

Cikgu Ayu sememangnya pernah tular beberapa kali sebelum ini ketika dia masih berstatus seorang guru kerana kerap memuat naik videonya di aplikasi TikTok.

Dia juga pernah mendedahkan bahawa tindakannya yang kerap menggunakan platform media sosial itu menjadi antara punca timbulnya isu seperti itu.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, tiada kenyataan dikeluarkan pihak KPM berhubung dakwaan itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram