MASALAH pendidikan yang membelenggu warga guru dan pelajar pada ketika ini didakwa berpunca daripada silibus serta program yang tidak logik untuk diterapkan.
Perkara tersebut diluahkan seorang guru, Siti Aisyah Ali yang menjawab persoalan di dalam media sosial.
Siti Aisyah juga berpendapat program dan sistem yang membebankan guru seharusnya dihapuskan.
"Tidak perlu ada surat dan arahan program yang diadakan secara tiba dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pada masa sama nak buat laporan.
"Membebankan guru. Biar guru mengajar bukannya utamakan sistem dan tinggalkan pelajar.
"Program ziarah-menziarahi juga bukan kerja cikgu. Letih aku nak kejut orang sedap tidur," luahnya pada Selasa.
Sistem dan silibus yang ada sekarang terlalu banyak dan kerap berubah-ubah mengikut keperluan politik sehingga membebankan pelajar. — Gambar Hiasan
Tambahnya lagi, tiada keperluan bagi pelajar untuk bawa buku teks ke sekolah rendah.
"Pelajar sekolah rendah tidak perlu banyak subjek. Silibus itu biar sama dengan tahap murid," katanya.
Sementara itu, seorang lagi warga maya, Nor Azmah Mat Perak turut bersetuju dengan luahan Siti Aisyah.
Katanya KPM, seharusnya lebih logik dalam menentukan sukatan pembelajaran dan silibus untuk pelajar.
"Silibus sekarang bukan 'acuan' kemampuan pelajar dan persekitaran Malaysia. Penggubal sukatan ikut tahap sendiri," katanya.
Gouri Subramaniam pula mendakwa sistem dan silibus yang ada sekarang terlalu banyak dan kerap berubah-ubah mengikut keperluan politik.
"Silibus sentiasa berubah mengikut kerajaan. Sepatutnya terapkan sistem atau silibus mengikut peredaran zaman," katanya.
Melihat kepada luahan para guru di sosial media pada ketika ini, jelas menunjukkan KPM perlu memandang serius akan isu tersebut kerana ia memerlukan banyak lagi penambahbaikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram