Awas taktik terbaru scammer melalui WhatsApp


  • Massa
  • Khamis, 01 Feb 2024

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan taktik penipuan yang terbaru.

SCAMMER sentiasa mencari akal dan menggunakan pelbagai taktik untuk menipu serta mencuri duit mangsa yang tidak bersalah.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada, berhati-hati dan mengambil cakna tentang taktik penipu yang cuba digunakan untuk merompak wang dan simpanan peribadi.

Kali ini, scammer memiliki keupayaan menggodam aplikasi WhatsApp mangsa dan menyamar sebagai kenalan untuk meminjam duit daripada mangsa dan berjanji akan memulangkan duit secepat mungkin.

Namun, ramai yang mendakwa duit yang dipindahkan ke dalam akaun scammer tidak berpotensi untuk dipulangkan.

Adakah ia benar? Ya.

BACA LAGI: 'Mana satu betul?' warga pendidik keliru arahan berbeza tarikh akhir pengisian PADU

Hacker. — Image by Freepik

Bank Negara menasihatkan supaya orang ramai tidak mudah tertipu dengan taktik penipuan terbaru ini

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu cemas kereta Honda remuk rempuh lembu berkeliaran di Pulau Pinang

Menurut sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan peningkatan sindiket penipuan di WhatsApp, di mana mereka boleh mengambil alih akaun dan menyamar sebagai seseorang yang mereka ketahui, menyakinkan anda untuk meminjamkan duit.

Maka, Bank Negara menasihatkan supaya orang ramai sentiasa berhati-hati terutamanya ketika sambutan Tahun Baharu Cina yang akan datang.

Jika anda ialah mangsa penipuan kewangan, segera hubungi bank anda atau NSRC melalui 997. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram