SEORANG pemandu kereta mengalami detik-detik mencemaskan apabila kenderaannya mengalami kerosakan teruk akibat bertembung dengan sekumpulan lembu yang berkeliaran di jalan utama dekat Jalan Baru Kampung Setul, Perai, Pulau Pinang pada Khamis.
Rakaman kejadian itu turut disiarkan laman Facebook, Penang Kini yang menunjukkan haiwan tersebut melintas secara tiba-tiba ke tengah-tengah jalan dan gagal dielak pemandu terbabit.
Penang Kini dalam hantarannya menggesa pihak berkuasa untuk mengatasi isu tersebut yang ternyata mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
"Siapa punya lembu ini agaknya biar berkeliaran dekat jalan yang sangat sibuk ini?," tulisnya.
BACA LAGI: SIAR: Ketahui kisah silam Ibrahim Din, bintang filem Do Re Mi
BACA LAGI: [VIDEO] Gagal berkali-kali tak halang Alhafiz jadi lebih pemurah, bantu ramai rider kesusahan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berharap agar pemilik haiwan tersebut tampil memberi kerjasama terhadap pemandu kenderaan itu untuk membayar ganti rugi.
"ALLAH, baru-baru ini sembang dengan suami risau jadi macam ni. Sebab ini laluan kami hari-hari. Memang kadang nampak ada tuan dia jaga sementara tengah ragut makan rumput tepi tu. Naya tuan kereta, lagi risau motor lalu," tulis Nur Hafizah Khamarudin.
"Claim dengan pemilik lembu. Dasar lembu punya owner. Dashcam ada dah. Kalau mereka tak mengaku. Angkut semua lembu itu jual. Lagi untung besar," tulis Muhammad Fazrul.
"Pemilik lembu pun lembu," tulis Sharil Motorhead. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram