TULAR beberapa remaja menunggang motosikal dengan aksi superman sehingga tidak perasan tindakannya dirakam baru-baru ini.
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dimuat naik menerusi Facebook @alamakviral mencetuskan kemarahan warganet kerana perkara tersebut membahayakan keselamatan.
Aktiviti sosial yang tidak sihat ini boleh membawa kepada musibah hingga meragut nyawa.
Bahkan menurut statistik sejumlah 598,635 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Disember tahun lepas.
BACA LAGI: Imaginasi saling berhubung walaupun tanpa bercerita, Akim dan Stacy hasilkan Ritma dan Rima
Terdapat beberapa pantang larang yang harus dielakkan jika terjumpa penunggang motosikal melakukan aksi superman di atas highway seperti:
1. Jangan 'cucuk' rapat bagi mengelak kemalangan
Anda sebenarnya meletakkan diri dalam bahaya jika sering 'cucuk' rapat kereta lain di jalan raya.
Sebenarnya amalan ‘cucuk’ rapat ini bukanlah yang paling cerdik untuk diamalkan.
Jika ditanya pelumba profesional pun, mereka tidak mengekori dengan rapat semasa di jalan raya.
Ini kerana dengan ‘cucuk’ rapat, anda akan cenderung brek mengejut serta berulang kali sehingga mencetuskan kesan domino untuk aliran trafik terutamanya di lebuh raya.
2. Jangan tukar lorong secara melulu
- Pemandu yang bertindak menukar lorong secara melulu akan menyebabkan kenderaan yang berada di belakangnya tidak sempat untuk mengelak sehingga tercetus kemalangan.
- Memandu secara melulu atau membahayakan keselamatan boleh diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terdapat beberapa tip yang boleh diambil oleh pemandu di jalan raya bagi mengelak kemalangan seperti:
1. Jarakkan kenderaan
Jaga jarak dengan kenderaan lain sangat penting bagi mengelak peristiwa tidak diingini berlaku.
Dalam kebanyakan kes kemalangan, pemandu belakang lebih kerap dipersalahkan berbanding pemandu hadapan.
Hal ini kerana, pemandu belakang seharusnya mengambil jarak yang selamat untuk berada di belakang kenderaan lain.
2. Sentiasa peka dengan memandang cermin sisi dan belakang
Pastikan cermin sisi dan cermin pandang belakang berada dalam posisi yang betul sebelum memulakan perjalanan.
Ketika dalam perjalanan, pemandu perlulah menggunakan cermin sisi dan cermin pandang belakang secara berkala.
Periksa cermin tersebut setiap beberapa minit sebelum anda akan membuat pusingan atau menukar lorong untuk memastikan tiada kenderaan lain.
3. Mencatat nombor plat untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa
Jika berlaku kemalangan, seseorang harus bertindak sepantasnya untuk mencatat atau mengingati nombor plat kenderaan suspek bagi melaporkan kepada pihak berkuasa.
Dengan cara ini, pihak polis lebih mudah untuk bertindak mencari pelaku tersebut.
4. Serah bukti dashcam jika ada
Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) boleh dikatakan sebagai salah satu peralatan wajib dimiliki oleh setiap pemilik kereta.
Banyak pemilik kenderaan dilihat memasang peranti ini kerana mengetahui akan kepentingannya pada masa akan datang.
Namun, ada juga mereka yang masih belum memasangnya atas beberapa faktor.
Penggunaan dashcam di dalam kenderaan sangat penting bagi merekod sebarang jenis kejadian jenayah seperti kes buli di jalan jalan raya, pemanduan di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah, serangan fizikal dan lain-lain lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram