Ah long puaka, simbah cat merah dan nak bakar rumah sebab jiran tak bayar hutang di Batu Caves


  • 112
  • Sabtu, 27 Jan 2024

Salah satu kenderaan yang disimbah cat merah dipercayai perbuatan ah long di hadapan sebuah rumah di Batu Caves, Selangor baru-baru ini. — Facebook

SEORANG lelaki berputih mata selepas keretanya menjadi sasaran individu dipercayai pemberi pinjaman wang tanpa lesen (ah long) baru-baru ini.

Ia selepas mangsa memuat naik hantaran di Facebook memaparkan keretanya jenis Proton Iriz dan kenderaan lain yang disimbah cat merah di kawasan rumahnya yang terletak di Taman Selaseh, Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Melalui nota yang ditinggalkan ketika kejadian, suspek juga membuat ugutan untuk membakar rumah penghuni yang disasarkannya.

Bagaimanapun, suspek kini diburu polis selepas mangsa bertindak membuat laporan selepas kejadian itu.

BACA LAGI : 'Ah long' silap orang, wanita sengsara rumah dan kereta kena simbah cat merah di Semenyih

msg1050426791-23895

Sehelai nota yang ditinggalkan ketika kejadian. — Facebook

BACA LAGI : 'Jiran yang berhutang, orang lain dapat cat merah'

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian juga melibatkan dua buah pagar rumah dan tiga kenderaan iaitu Proton Persona, Perodua Myvi dan kereta mangsa.

"Perbuatan ini ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama.

"Kejadian dipercayai dilakukan oleh ah long berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya melangsaikan hutang," katanya dalam satu kenyataan.

Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram