SEORANG lelaki menerima nasib malang apabila rumah dan kereta miliknya disimbah dengan cat merah baru-baru ini, akibat tindakan jirannya yang didakwa tidak membayar hutang.
Menerusi perkongsian seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, serangan itu dilakukan oleh ahli sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long, meskipun dia bukanlah individu berhutang yang dicari oleh mereka.
KEADAAN sisi kereta mangsa selepas disimbah cat merah. — Facebook
Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis itu, dia yang pada mulanya mendengar jirannya menjerit terus bergegas keluar ke luar rumah.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Skudai, Johor berdasarkan gambar alamat yang dikongsikan Azhar.
TANGKAP layar perkongsian pengalaman pahit mangsa di laman sosial.
Pada masa sama, dia mendapati, dua individu yang menaiki motosikal terus beredar selepas mereka mencampakkan botol berisi cat di hadapan rumahnya.
BOTOL berisi cat yang dicampakkan oleh dua individu menaiki motosikal. — Facebook
Dakwanya, individu tersebut turut menampal sekeping nota di hadapan rumahnya yang tertera nama, nombor kad pengenalan, alamat individu yang dicari serta ugutan yang mendesak untuk membayar semula hutang tertunggak.
"Rumah aku nombor 288, kalau ikut nota yang ditampal, rumah penghutang nombor 286 dah kosong tiada penghuni hampir setengah tahun," katanya di laman Facebook.
MAKLUMAT penghutang dan nota ugutan yang ditampal di rumah mangsa. — Facebook
Melihat nombor telefon yang turut tertera di nota itu, Azhar tidak menunggu lama untuk menghubunginya menerusi aplikasi Whatsapp.
Berdasarkan tangkap layar perbualan antara mereka, ah long itu secara kasar memintanya untuk mencari pemilik rumah atau penghutang yang dimaksudkan tersebut.
Malah, ah long itu turut mengancam untuk melakukan sesuatu lebih teruk ke atas rumahnya jika dia enggan menurut kehendak mereka.
TANGKAP layar perbualan antara mangsa dengan individu yang menyerang rumahnya. — Facebook
"Dahlah salah rumah, dia boleh suruh kita cari penghutang itu. Sabar jelah.
"Nak harap si penghutang call (hubungi) aku untuk bayar ganti rugi ni belum tentu lagi kan," katanya.
RUMAH penghutang (kiri) dan rumah mangsa (kanan). — Facebook
Tambahnya, perkongsian itu dibuat supaya orang ramai lebih berwaspada pada masa depan.
"Korang doakan semoga urusan aku dipermudahkan.
"Report (laporan) polis pun dah dibuat dan yang paling sedih budak yang menyimbah (cat) tu budak Melayu. (Itu) kata jiran aku yang nampak kelibat budak tu," katanya.
Majoriti sudah menghubungi mangsa untuk penjelasan lanjut insiden itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram