[VIDEO] Anak gagal bayar hutang ‘ah long’ Singapura, rumah mak ayah kena bakar


  • Tular
  • Khamis, 27 Okt 2022

Tangkap layar seorang lelaki simbah petrol depan rumah mangsa dipercayai tujuan khianat.

BEBERAPA insiden melibatkan perbuatan simbah cat, pukul atau ugutan bunuh antara ancaman yang diterima oleh peminjam wang dengan kumpulan pemberi pinjaman wang haram atau ah long.

Bagaimanapun masih ada individu yang terpaksa bergantung harap dengan golongan sebegitu kerana terdesak untuk mendapatkan wang pada kadar segera atau kesempitan hidup.

Begitu juga kejadian di Seremban, Negeri Sembilan apabila ah long dari Singapura bertindak ala mafia dengan menyimbah petrol dan membakar rumah mangsa.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang lelaki menyimbah pagar depan rumah mangsa dengan bahan bakar menggunakan sebuah baldi sebelum menyalakan api.

Sebuah kenderaan jenis Mercedes Benz turut musnah dalam insiden yang berlaku pada pukul 3 pagi Rabu itu

Difahamkan, jiran-jiran memaklumkan kepada mangsa mengenai perkara itu sekali gus mengejutkan dua warga emas lingkungan umur 70-an yang sedang tidur.

Dalam pada itu, dimaklumkan perkara berkenaan berlaku berikutan salah seorang anak mangsa yang bekerja di Singapura membuat pinjam wang dengan ah long di republik tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram