SETIAP rumah ibadat seperti masjid atau surau semestinya mempunyai peraturan berbeza yang perlu dipatuhi mengikut lokasi tertentu.
Ia juga termasuk dengan larangan atau kebenaran melakukan aktiviti melibatkan orang ramai di kawasan berkenaan.
Hal ini kerana, warga media sosial dikecohkan dengan sebuah video tular memaparkan persembahan silat di perkarangan masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi yang dilakukan oleh tiga individu didakwa warga Malaysia.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi tidak kurang juga dengan kecaman mengatakan bahawa ia satu tindakan tidak berasas untuk dilakukan di kawasan masjid.
BACA LAGI : Lelaki mengaku solat Zuhur lebih 12 rakaat, mufti minta jangan kecam, perjelas fahaman Mazhab Hanafi
Mohd Izhar menjelaskan bahawa tiada sebarang kesalahan untuk melakukan aktiviti di masjid.
BACA LAGI : Imam masjid berdepan sakaratul maut sebelum sempat baca doa qunut
Ia juga dikatakan tidak menghormati kesucian rumah ibadat serta tidak menunjukkan adab dan etika terutamanya di masjid.
Namun, di sebalik dakwaan tersebut, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim tampil bersuara bagi menjelaskan isu itu.
Izhar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim berkata, tindakan bersilat di kawasan berkenaan adalah tidak salah dan sememangnya dibenarkan di negara tersebut.
"Jika sebut tentang hukum bersilat di kawasan masjid memang tak salah asalkan tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.
"Jika kita tengok pun mereka masih berpakaian tradisional secara lengkap dan tidak mencolok mata," katanya kepada Majoriti.
Bukan itu sahaja, beliau menjelaskan, terdapat juga pelbagai aktiviti yang dilakukan pada zaman Nabi bertujuan untuk menarik minat orang ramai melakukan ibadat di masjid.
Katanya, masyarakat tidak perlu berfikiran terlalu jumud dan perlu belajar lagi sejarah Islam kerana ia antara perkara yang pernah dilakukan pada sejak beberapa dekad lalu lagi.
"Kita harus melihat ia dari sudut positif dan jangan jadikan masjid semata-mata tempat ibadah sahaja.
"Banyak lagi aktiviti yang dibenarkan selagi tidak melanggar hukum atau mengganggu ketenteraman orang awam di masjid," katanya lagi.
Tambahnya, jika persembahan silat itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat Arab untuk lebih mengenali budaya Melayu, maka tiada sebarang kesalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram