SPRM sudah boleh dakwa Tun Daim, tapi dia masuk hospital — Azam Baki


  • 112
  • Rabu, 24 Jan 2024

Daim (gambar) belum didakwa SPRM kerana dimasukkan ke hospital.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberi kebenaran untuk mendakwa Tun Daim Zainuddin.

Bagaimanapun, proses tersebut tidak boleh dilaksanakan buat masa ini kerana bekas Menteri Kewangan berusia 84 tahun itu sedang berada di hospital.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, agensi itu mahu membawa kes Daim ke mahkamah sejak minggu lepas, selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara.

Azam berkata, sejurus selepas mendapat lampu hijau, pegawainya telah berkomunikasi dengan peguam Daim untuk memaklumkan perkara itu kepada mereka.

"Ketika kami bersedia untuk mendakwa dia (Daim), pegawai saya diberitahu bahawa dia telah dimasukkan (ke hospital)," katanya kepada The Star pada Rabu.

BACA LAGI: Isteri Tun Daim didakwa kerana gagal isytihar aset

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

BACA LAGI: Lebih mewah berbanding orang terkaya di Malaysia? Ini 3 perkara mengenai Tun Daim yang patut tahu

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bentuk pendakwaan terhadap Daim.

Azam pada masa sama mendakwa, SPRM tidak diberi penjelasan jelas punca Daim dimasukkan ke hospital dan menngenai masalah kesihatan dihadapinya.

"Doktor tidak mendedahkannya apabila ditanya oleh pegawai kami," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Azam berkata, di sebalik perkembangan itu, Daim akan tetap dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.

“Buat masa ini, kita akan memerhati keadaan. Tetapi akhirnya, kita perlu membawanya ke mahkamah,” katanya. — The Star/ MAZWIN NIK ANIS

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram