Kami berdua yang tolong Anwar berkempen, tapi saya pula disiasat — Tun M


  • Politik
  • Isnin, 22 Jan 2024

Mahathir yang mendakwa bahawa beliau dan Daim bekerjasama membantu Anwar berkempen dalam PRU Ke-14. — The Star

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, beliau dan Tun Daim Zainuddin sudah memberi sumbangan dalam kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sebelum ini.

Mahathir dilaporkan berkata, kerjasama beliau dan Daim untuk Perdana Menteri Malaysia itu berakhir dengan siasatan terhadap dirinya.

“Ketika dia bertanding, saya sebenarnya berkempen untuknya dan begitu juga dengan Tun Daim Zainuddin.

"Kami berdua berkempen untuknya tetapi sekarang dia mahu menyiasat saya atas kesalahan itu," katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Isnin.

BACA LAGI : SPRM panggil Mirzan Mahathir bantu siasatan, beri 30 hari untuk isytihar harta

Katanya, beliau menolak tanggapan bahawa sukar bagi pihak berkuasa untuk menyiasat mereka yang bergelar 'Tun', sambil menambah beliau bersedia untuk disiasat.

"Saya mudah. Anda boleh menyiasat saya pada bila-bila masa. Anda mempunyai kuasa. Anda boleh menyiasat saya," katanya. — The Star/RAHIMY RAHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram