RANGKAIAN restoran halal tempatan, The Chicken Rice Shop (TCRS) bersedia untuk memeriahkan lagi perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi dengan pengenalan menu bermusim eksklusif mereka iaitu Ayam Mala B’Jan!
Untuk menyambut semangat kebersamaan dan kegembiraan, TCRS mengalu-alukan kehadiran para pelanggan untuk menikmati tawaran lazat itu yang tersedia untuk tempoh terhad bermula 22 Januari hingga 3 Mac 2024, di semua cawangan di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong berkata, Tahun Baharu Cina adalah masa untuk pertemuan semula bersama rakan dan keluarga yang tersayang dan menu Ayam Mala B’jan mencerminkan semangat kebersamaan dengan gabungan unik perisa mala dan bijan.
“Makanan merupakan sesuatu yang sangat istimewa yang mana ia dapat memupuk hubungan sesama insan dan mencipta kenangan yang berkekalan.
"Dengan ketibaan Tahun Baharu Cina, kami mengalu-alukan kehadiran para pelanggan yang dihargai untuk menikmati keenakan Ayam Mala B’jan sambil berkongsi kegembiraan dan mewujudkan hubungan yang berkekalan.” kata Kah Yong.
BACA LAGI: PKP pencetus inspirasi 'wanita jambu' raih RM10,000 sebulan
Menu baharu Ayam Mala B’Jan melambangkan keistimewaan musim perayaan dengan gabungan sempurna rasa manis dan pedas mala, yang dilengkapkan lagi dengan taburan bijan untuk gigitan yang rangup.
Isitilah ‘mala’ berakar umbi daripada tradisi kulinari Cina. Ia berasal daripada gabungan dua aksara Cina: ‘ma’, bermaksud kebas dan ‘la’, bermaksud pedas.
Perisa istimewa itu mendapat populariti yang meluas di seluruh dunia di mana ia membuktikan kepelbagaian dan palet masakan Cina yang memikat selera.
Selain memenuhi cita rasa, tambahan bijan pada resipi itu jelas mendatangkan manfaat kesihatan yang berganda kerana bijan diperkayakan dengan kalsium, serat, dan protein yang penting untuk melengkapkan diet anda.
BACA LAGI: [VIDEO] Fazliana teruskan legasi Coklat Ori Bagan Datuk, teroka dunia digital dengan produk unik
Bukan itu sahaja, bagi menambahkan lagi kemeriahan menu baharu, minuman Mango Melon Splash boleh dijadikan teman hidangan untuk pengalaman kulinari yang terbaik.
Untuk memenuhi saiz kumpulan yang pelbagai, TCRS memperkenalkan rangkaian set hidangan yang berbeza-beza untuk kombinasi hidangan yang sesuai bagi setiap majlis makan.
Sama ada anda inginkan hidangan untuk dua orang, atau sedang merancang jamuan besar-besaran, tetapan menu TCRS direka khas untuk memenuhi setiap keperluan anda.
Selain itu, pelanggan yang mahu menikmati hidangan TCRS di kediaman sendiri juga boleh membuat pesanan melalui pekhidmatan penghantaran yang tersedia di pelbagai platform.
Sementara itu, Kah Yong berkata, TCRS sentiasa memastikan pelanggan berpeluang untuk menikmati perisa tempatan yang padan dengan setiap perayaan.
"Kami berdedikasi untuk mencipta pengalaman pemakanan yang sejajar dengan komitmen kami untuk meraikan tradisi perayaan di Malaysia yang meriah dan pelbagai.
"Dengan menu Ayam Mala B’jan yang terbaharu ini, kami kekal teguh dengan slogan kami iaitu ‘Chicken rice and more’,” kata Kah Yong.
Raikan Tahun Baru Cina dengan cita rasa yang menggiurkan dengan Ayam Mala B’Jan! Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menu baharu ini, sila layari www.thechickenriceshop.com atau ikuti Halaman Facebook di The Chicken Rice Shop — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram