[VIDEO] Ajal ke tempat kerja angkara 'blind spot', wanita maut bergesel lori tangki di Sungai Seluang


  • Tular
  • Selasa, 23 Jan 2024

Keadaan badan mangsa selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Sungai Seluang, Kedah pada Selasa. — Facebook/Megi AndCo

SEORANG wanita maut selepas digilis sebuah lori tangki muatan simen ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki motosikal di Sungai Seluang, Kedah pada Selasa.

Menerusi video dimuat naik di Facebook Megi AndCo, beberapa organ dalaman badan mangsa juga dilihat bertaburan di atas jalan raya di lokasi itu.

BACA LAGI: Kaki terputus, pemuda maut kemalangan motor di Kampung Gajah

Polis Trafik Kulim mengesahkan bahawa mangsa tidak sarat mengandung ketika kemalangan.

"Untuk maklumat, ketika kejadian, mangsa memang tidak mengandung," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Disangka objek di tengah jalan, tubuh warga emas hancur digilis beberapa kenderaan di Lumut

Pada masa sama, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) juga menunjukkan mangsa dipercayai berada pada titik buta (blindspot) lori terbabit sebelum nahas tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan treler dari arah Jalan Sungai Seluang Atas menghala ke Jalan Kulim-Baling, Kedah.

Azizul dilaporkan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah hilang kawalan sebelum dilanggar sebuah treler membawa muatan simen.

Mayat mangsa juga dikatakan sudah dibawa ke unit forensik Hospital Kulim untuk siasatan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram