Waspada 3 aplikasi tawar perkhidmatan tidak bermoral


  • Massa
  • Sabtu, 20 Jan 2024

Kegiatan tidak bermoral seperti 'Gigolo Janda Baik" bukanlah kali pertama berlaku. Malah ada yang lebih licik berselindung di sebalik aplikasi cari jodoh.

KECOH di media sosial apabila seorang lelaki tempatan yang menjalankan aktiviti menjual video lucahnya ketika melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial termasuk Telegram akhirnya ditahan di Janda Baik, Pahang pada Khamis.

Bukan itu sahaja, suspek berusia 31 tahun itu yang juga seorang duda turut menawarkan khidmat seks dan menjadi seorang gigolo.

Media melaporkan kegiatannya terbongkar selepas polis berjaya mengesan suspek mempromosikan aktiviti terkutuk tersebut menerusi laman media sosial dan Telegram sejak Julai lalu.

Suspek kemudiannya dicekup di sebuah rumah di Janda Baik oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Melihat kepada kes tersebut, ada dalam kalangan warga maya mendakwa kegiatan tidak bermoral seperti 'Gigolo Janda Baik" bukanlah kali pertama berlaku. Malah ada yang lebih licik berselindung di sebalik aplikasi cari jodoh.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga pernah digemparkan dengan beberapa aplikasi yang secara terang-terangan menawarkan khidmat seks dan juga janji temu eksklusif yang sekali gus platform golongan muda untuk mencari orang berada sama ada dikenali sebagai sugar daddy atau sugar mama.

Untuk makluman ramai, istilah sugar daddy atau sugar mama digunakan untuk merujuk kepada hubungan apabila seorang lelaki dan wanita menawarkan wang atau hadiah kepada seseorang yang lebih muda (sugar baby) daripadanya dengan tujuan tertentu seperti hubungan seks.

Majoriti menyenaraikan aplikasi yang didakwa menawarkan aktiviti tidak bermoral:

BACA LAGI: Ramai lagi seperti gigolo Janda Baik, pelajar wanita IPTA turut didakwa cari makan di platform X

1. Aplikasi Sugarbook

Aplikasi Sugarbook merupakan perkhidmatan kepada golongan wanita dan lelaki yang mencari pasangan berkonsep sugar dating.

Aplikasi Sugarbook merupakan perkhidmatan kepada golongan wanita dan lelaki yang mencari pasangan berkonsep sugar dating.

Sugarbook merupakan sebuah laman web dan aplikasi temu janji dibentuk berdasarkan konsep ‘sugar dating’.

Istilah sugar daddy sering digunakan untuk menggambarkan hubungan apabila sokongan kewangan ditukar untuk sebuah persahabatan romantik, yang mungkin melibatkan hubungan seksual atau tidak.

Dalam dunia temu janji itu, individu yang lebih mampu dari sudut kewangan akan memberikan hadiah berupa wang tunai, atau sokongan dana gaya hidup untuk teman romantik yang akan bergantung dengan mereka. Teman romantik yang didana itu kemudian akan membalas ‘jasa’ mereka dengan meluangkan masa dan kasih sayang mereka dan ada yang sanggup menjalinkan hubungan seks.

Sugarbook mendapat kecaman pada tahun 2019 ketika iklannya dipamerkan di beberapa papan iklan elektronik di Kuala Lumpur. Masyarakat turut menganggapnya sebagai lucah dan menyinggung perasaan.

Kebanyakkan yang terjebak dalam memuat turun aplikasi ini ialah golongan wanita terutamanya pelajar universiti. Antara faktor utama wanita-wanita ini sanggup menjadi sugar baby adalah kerana mereka kesempitan wang untuk hidup atau membayar yuran pengajian yang mahal.

Sebelum ini media melaporkan Sugarbook mendedahkan seramai 14,433 pendaftaran untuk menjadi 'sugar baby' diterima pihaknya membabitkan penuntut di 10 institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia termasuk dua daripadanya adalah IPT awam.

2. Aplikasi Sundate

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki ditemukan mati dalam kereta dengan kesan tembakan di Klang

sundate

Sundate ialah antara beberapa aplikasi 'sugar daddy Malaysia' yang menawarkan khidmat sugar daddy dan perkhidmatan sugar baby secara eksklusif untuk golongan elit di Malaysia.

Sama seperti Sugarbook, aplikasi Sundate didakwa menawarkan aplikasi temu janji dibentuk berdasarkan konsep 'sugar baby' atau 'sugar daddy'.

Mereka yang berminat boleh mendaftar sebagai 'sugar baby' atau 'sugar daddy'. Melalui aplikasi ini, mereka yang berdaftar boleh memilih pasangan yang bersesuaian dan membuat janji temu.

Melalui hasil carian di Google, Sundate ialah antara beberapa aplikasi 'sugar daddy Malaysia' yang menawarkan khidmat sugar daddy dan perkhidmatan sugar baby secara eksklusif untuk golongan elit di Malaysia.

Aplikasi tersebut juga boleh dimuat naik dengan mudah melalui peranti android dan Iphone.

3. Aplikasi Tinder

BACA LAGI: DJ Lin anggap macam adik, Tyzo dah tahu kontrak tak disambung tapi gaji masih dibayar

Tinder

Ada dalam kalangan pengguna aplikasi Tinder menawarkan perkhidmatan seks ketika membuat janji temu. — Agensi

Tinder merupakan aplikasi perkhidmatan janji temu dalam alam maya dan pengguna yang memuat naik aplikasi tersebut mencari pasangan yang memenuhi piawaian dan jangkaan mereka.

Memetik laporan media antarabangsa, psypost.com segelintir pengguna yang memuat naik aplikasi tersebut sudah jauh terpesong.

Hal ini kerana, ada dalam kalangan pengguna aplikasi tersebut menawarkan perkhidmatan seks ketika membuat janji temu.

Malah di Australia, ia dilihat sebagai sesuatu yang normal. Selain itu, kebanyakkan wanita melihat Tinder sebagai jalan yang mudah untuk mencari sugar daddy atau gigolo yang boleh melempiaskan nafsu mereka.

Justeru, bagi menyelesaikan krisis, kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital harus kerap memantau aplikasi yang menawarkan aktiviti tidak bermoral itu kerana ia mampu mempengaruhi golongan remaja atau segelintir individu sekali gus merosakkan akhlak dan menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram