[VIDEO] Pak cik tendang penunggang motor wanita sampai tergolek disyaki pesakit mental


  • Benua
  • Khamis, 18 Jan 2024

Tangkap layar seorang penunggang motosikal terjatuh selepas motosikalnya ditendang seorang warga emas di Jalan Selokan Mataram dekat Jogjakarta pada Sabtu. — Agensi

SEORANG penunggang motosikal wanita hanya mampu tergamam selepas ditendang oleh seorang warga emas sehingga terjatuh dalam satu kejadian di sebuah jalan raya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Jalan Selokan Mataram dekat Jogjakarta, Indonesia pada Sabtu.

Kejadian itu turut berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan awam di lokasi tersebut dan dimuat naik di laman Instagram pada hari sama.

Pada masa sama, video tular itu turut menjadi bualan warga maya dan tindakan lelaki berkenaan turut menerima kecaman di media sosial.

BACA LAGI: [VIDEO] Gagal kawal emosi punca lelaki misteri tiba-tiba terajang pak guard di JB

BACA LAGI: [VIDEO] Ada rekod jenayah dan dadah, 5 suspek termasuk pakcik 43 tahun gaduh guna kayu di JB kena cekup

Melalui video yang dikongsikan, penunggang motosikal berkenaan memberhentikan motornya ketika lampu merah sedang menyala sebelum didatangi warga emas tersebut.

Suspek kemudiannya terus menendang motosikal wanita berkenaan sehingga mangsa terjatuh.

Namun, tidak dapat dipastikan motif sebenar warga emas itu bertindak sedemikian kerana selepas kejadian itu dia terus melarikan diri dari lokasi kejadian.

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun-Medan.Com melaporkan warga emas tersebut dipercayai mengalami masalah gangguan mental.

Pada masa sama, insiden tersebut bukanlah kali pertama terjadi melibatkan suspek.

Melalui maklumat awal yang dilaporkan, suspek sering bertindak di luar kawalan dan mengasari orang awam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram