[VIDEO] Lelaki ditemukan mati dalam kereta dengan kesan tembakan di Klang


  • Tular
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dipercayai maut dalam kejadian tembakan yang berlaku di Klang pada Jumaat.

SEORANG lelaki didakwa ditemukan maut di dalam kereta dipercayai terkena kesan tembakan di sebuah kawasan terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada Jumaat.

Menerusi dimuat naik di Twitter (X) @Malaysia24x, mangsa dilihat berada dalam sebuah kereta dalam keadaan duduk sambil diawasi pihak polis.

BACA LAGI: Polis tembak mati 3 penjenayah warga asing di Selayang

Dalam video sama, turut kelihatan orang awam, beberapa anggota polis dan ambulans berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, identiti dan keadaan mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram