[VIDEO] Gagal kawal emosi punca lelaki misteri tiba-tiba terajang pak guard di JB


  • Tular
  • Khamis, 18 Jan 2024

Tangkap layar seorang pengawal keselamatan mengalami kecederaan serius selepas dikasari oleh seorang lelaki di Johor Bahru, Johor pada Selasa.

SEORANG pengawal keselamatan di sebuah premis bangunan dipercayai mengalami kecederaan serius selepas dikasari oleh seorang lelaki di Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Seorang warga maya, Raymond Goh turut berkongsi video tersebut melalui laman Facebook JMB & MC in Malaysia pada Khamis.

"Kejadian ini berlaku di sebuah bangunan strata di Johor Bahru.

"Satu repot polis telah dibuat," tulisnya.

Dalam video berdurasi dua minit 43 saat, kelihatan pengawal keselamatan berkenaan dan dua individu lain bersama dua kanak-kanak berada di ruang legar premis tersebut.

Mangsa kemudiannya didatangi seorang lelaki dari luar bangunan dan dilihat berkata sesuatu kepadanya sebelum menendang mangsa di dada.

BACA LAGI: [VIDEO] Ada rekod jenayah dan dadah, 5 suspek termasuk pakcik 43 tahun gaduh guna kayu di JB kena cekup

BACA LAGI: Pensyarah sanggup resign demi gaji cleaner lumayan di Singapura hanya menjahanamkan resume

Impak daripada tendangan itu menyebabkan mangsa terus bangun dan kemudiannya rebah ke lantai.

Mangsa yang kesakitan terus terbaring di atas lantai dan lelaki itu dilihat terus memarahinya sebelum dilihat berlegar-legar di ruang premis berkenaan.

Suspek kemudiannya duduk di sofa sambil memerhatikan mangsa yang terbaring kesakitan tanpa menghulurkan bantuan sebelum beredar di kawasan tersebut.

Lebih menghairankan lagi tindakan dua individu lain dipercayai ahli keluarga suspek hanya melihat pengawal tersebut menahan kesakitan.

Namun, setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan motif sebenar lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

Pada masa sama, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram