Hanya 2 kali seminggu pakai pakaian seragam sekolah - KPM


  • Primer
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Mulai sesi persekolahan 2024/2025, pelajar di semua institusi pendidikan di bawah KPM hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu. — Gambar Hiasan

IBU bapa pelajar boleh menarik lafas lega setelah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan pelajar di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu hanya perlu memakai seragam dua hari seminggu.

Sementara dua hari lagi pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM memutuskan demikian selepas sesi libat urus dengan pelbagai pihak termasuk guru dan wakil komuniti.

"Bagi sesi 2024/2025 yang bermula Mac ini, setelah sesi libat urus dengan semua pihak, baik pihak industri, mereka yang berkaitan dengan pendidikan, khususnya guru-guru, pentadbir dan wakil-wakil komuniti.

BACA LAGI: Panasnya cuaca sejukkan seterika dan hati ibu bapa

"Maka KPM memutuskan untuk pakaian seragam bagi 2024/2025 diteruskan seperti berikut, dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum," katanya memetik laporan media pada Jumaat.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal itu memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian kepada semua sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebelum ini KPM memberi kelonggaran pemakaian baju sukan pada 3 Mei tahun lalu susulan cuaca panas melanda negara bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan terhadap murid, guru dan kumpulan pelaksana. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram