Langkah Dubai: Timbalan pengarah J-KOM, 3 'influencer' disoal siasat polis


  • 112
  • Jumaat, 12 Jan 2024

Polis mengesahkan menerima sebanyak 145 laporan diterima berhubung isu 'Langkah Dubai'. — Gambar Hiasan

POLIS telah merekodkan keterangan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop dan tiga lagi individu lain berhubung isu 'Langkah Dubai' pada Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain berkata, tiga lagi individu yang dipanggil ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo), Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan Mohamad Salim Iskandar.

"Mereka dipanggil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah pada Jumaat berhubung gerakan 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sebanyak 145 laporan diterima berhubung isu itu setakat Jumaat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Biker seksi Rusia rakam perjalanan akhir sebelum maut motor bergesel pengadang jalan

BACA LAGI: Ahmad Zahid sahkan Langkah Dubai berlaku, terima maklumat risikan penerbangan individu terlibat

Tambahnya lagi, polis turut membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan Perikatan Nasionan (PN) cuba memberi rasuah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggulingkan kerajaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menerima empat laporan berhubung isu tersebut.

"Kes masih di peringkat siasatan dan PDRM menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan komentar yang boleh mengganggu siasatan.

"Kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram