SEORANG pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggal dunia selepas melakukan aktiviti senaman di Eco Grandeur dekat Puncak Alam, Selangor pada Rabu.
Allahyarham Junaidi Muslim yang merupakan Pengarah Fasiliti & Teknologi Maklumat (ICT), UiTM Cawangan Selangor dikatakan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika berjoging di kawasan tersebut.
Difahamkan, Junaidi meninggal dunia di tempat kejadian namun tidak dinyatakan punca sebenar.
Turut tular satu video berdurasi kurang seminit memaparkan sebuah ambulans dan jenazah mangsa yang telah diliputi kain putih.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UiTM ataupun pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram