Take note hak tuan rumah! 3 tips elak dibebani penyewa kiriman neraka


  • Massa
  • Selasa, 09 Jan 2024

Bagi pemilik kediaman, mendapat penyewa bertanggungjawab dan menjaga rumah seperti milik mereka sendiri merupakan satu impian buat mereka. — Gambar hiasan

ISU penyewa rumah dari neraka ini bukanlah perkara yang baru kita dengar. Malah ia merupakan mimpi ngeri buat pemilik rumah yang terpaksa berhadapan perangai segelintir penyewa yang culas untuk membayar sewa mahupun bil utiliti.

Terbaharu, seorang tuan rumah terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM21,894 ekoran daripada bil elektrik yang tidak dibayar si penyewa.

Malah melalui perkongsian di laman X (Twitter), Malaysian Most Viral pada Ahad, penyewa sebuah rumah di Taiping, Perak itu didakwa sudah lama tidak membayar bil elektrik tersebut.

Melihat kepada kejadian tersebut, ia pastinya memeningkan kepala pemilik kerana mungkin bagi segelintir mereka, jika penyewa yang bayar sewa rumah lambat daripada tempoh mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

Akan tetapi, malang tidak berbau jika mendapat penyewa tidak bermoral sehingga mendatangkan kerugian pada pemilik rumah.

Ada terlalu banyak jenis kerenah penyewa dari neraka di Malaysia dan kes seperti ini bukanlah kali pertama terjadi.

GDNp9L7acAA8MVQ

Pemilik rumah yang berlokasi di Taiping, Perak itu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM21,894 selepas penyewanya gagal membayar bil elektrik. — Orang Awam

BACA LAGI: Penyewa dari neraka tinggalkan bil elektrik tinggi, TNB perjelas tiada hak buat pemotongan

Bagi mereka yang ingin menyewakan rumah, ini tiga tips elak dibebani penyewa kiriman neraka:

1. Muat turun aplikasi bil utiliti

Pada hari ini, boleh dikatakan terdapat pelbagai jenis aplikasi untuk memudahkan pengguna melakukan beberapa perkara yang seiring dengan gaya hidup dunia digital.

Tidak terkecuali Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dilihat turut menyediakan aplikasi dinamakan myTNB untuk pengguna Android dan juga iOS.

Aplikasi myTNB membolehkan pengguna memantau bil elektrik mereka, dan mengetahui jumlah pembayaran yang perlu dibayar.

Melalui aplikasi tersebut pemilik rumah boleh memastikan penyewa membayar bil elektrik pada setiap bulan.

Selain aplikasi myTNB, penyewa dan pengguna juga boleh memuat naik aplikasi seperti Air Selangor bagi mereka yang tinggal di Selangor untuk menyemak bil bulanan.

Aplikasi lain termasuklah Indah Water Konsortium (IWK) bagi bil pembetungan.

A picture of electricity tower and meter, story on A discount on electricity bills of between 5% and 40% up to a maximum usage of 900 kilowatt-hours (kWH) a month will be given. This includes a 40% discount for usage that is below 200kWH, and 15% discount for usage that is between 201kWH and 300kWH. All in, the rakyat is expected to save up to RM346mil in electricity bills over three months from July. — FAIHAN GHANI/The Star

Pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi myTNB bagi menyemak bayaran bil elektrik mereka pada setiap bulan.

2. Perjanjian sewa rumah

Perjanjian rumah sewa adalah kontrak perjanjian antara tuan rumah dan penyewa yang mengandungi syarat-syarat setiap pihak sepanjang tempoh menyewa.

Ia perlu bagi melindungi kedua-dua pihak melalui undang-undang dan syarat-syarat tertentu sepanjang tempoh penyewaan.

Pada masa sama, jika penyewa dari neraka ini membuat onar atau masalah yang mengundang kerugian kepada pemilik. Ia boleh dijadikan bukti untuk menuntut kerugian.

Pastikan juga segala maklumat penyewa lengkap dan minta mereka menyenaraikan ahli keluarga terdekat yang boleh dihubungi sekiranya berlaku masalah.

45094743_m-1

Kontrak perjanjian sewa boleh dijadikan bukti untuk menuntut kerugian. — Gambar hiasan

3. Buat semakan bulanan

Bagi pemilik, pastikan komunikasi anda dengan penyewa tidak putus sekadar bayar dan terima sewa sahaja setiap bulan.

Galakkan mereka untuk hubungi anda jika ada sebarang isu atau masalah, tak kiralah kecil atau besar. Pada masa sama, buat semakan bulanan dan periksa keadaan rumah anda.

Ia perlu bagi memastikan rumah yang disewa sentiasa dalam keadaan baik dan penyewa melarikan diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram