[VIDEO] Komited jaga keselamatan dan keselesaan, i-City siasat isu peniaga warga asing 'ganggu' pengunjung


  • Bizz
  • Sabtu, 06 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan warga asing secara bebas berniaga di kawasan awam di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

PIHAK pengurusan bandar teknologi nombor satu di Malaysia, i-City Shah Alam, Selangor akan menjalankan siasatan lanjut susulan video tular beberapa memaparkan warga asing yang berniaga secara bebas di kawasan itu.

i-City Properties Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular yang mendakwa taktik penjualan tidak menyenangkan yang berlaku di perkarangan sebuah tapak perniagaan yang disewakan.

"Pihak i-City akan menghubungi penyewa tersebut untuk menjalankan siasatan.

"i-City komited kepada keselamatan, keselesaan, dan keseronokan para pengunjung dan tidak akan bertolak-ansur dalam segala bentuk gangguan terhadap pengunjungnya.

BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki 'ajar' warga asing berniaga sesuka hati di Shah Alam

"Para pengunjung digalakkan untuk melaporkan sebarang pengalaman yang tidak menyenangkan di laman sesawang [email protected]," katanya melalui kenyataan tersebut pada Sabtu.

Pada Ahad lalu, Majoriti melaporkan seorang lelaki sempat merakam dan menegur beberapa orang warga asing yang berniaga secara bebas di sebuah kawasan tarikan orang ramai di Shah Alam, Selangor.

Menerusi satu hantaran yang disertakan dalam video sama di Twitter (X) @MALAYSIAVIRALLL, pihak berkuasa digesa untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.

"Warga asing bersepah berniaga macam ini di setiap tempat, Majlis (Majlis Bandaraya Shah Alam) tolonglah ambil tindakan, kalau tidak kawal makin banyak," ciapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram