[VIDEO] Budak merayu ditanduk kerbau berkali-kali, sempat berlindung bawah kereta


  • Benua
  • Jumaat, 05 Jan 2024

Tangkap layar seorang kanak-kanak malang (bulatan) cedera selepas ditanduk seekor kerbau di kawasan perumahan di daerah Fujian, China pada 2021.

TINDAKAN penternak membiarkan kerbau berkeliaran di kawasan tertentu sebenarnya mencetuskan boleh mencetuskan bahaya sama ada pada tuannya sendiri atau orang awam.

Malah, di Malaysia kerap kali kita mendengar haiwan ternakan tersebut terlibat dalam kes kemalangan sehingga menyebabkan kematian.

Pada masa sama haiwan itu juga boleh bertindak ganas sekiranya tidak dikawal, contohnya seperti kejadian yang pernah berlaku di China pada 2021.

Seorang kanak-kanak malang cedera selepas ditanduk seekor kerbau di kawasan perumahan di daerah Fujian, China pada 25 April tiga tahun lalu.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak berkenaan ditanduk kerbau itu beberapa kali sebelum tercampak ke bawah sebuah kereta.

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu turut didengar meminta maaf kepada kerbau berkenaan.

BACA LAGI : [VIDEO] Rider langgar wanita di Wangsa Maju bersungguh-sungguh ‘explain’ sebelum tiba-tiba hilang lepas ambulans sampai

"Minta maaf sang kerbau, tolong jangan cederakan saya," rayu kanak-kanak itu yang berlindung di bawah kereta berkenaan.

Namun kanak-kanak malang itu bernasib baik selepas haiwan berkenaan dilihat terus berundur dan beredar daripada kawasan itu.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan hanya mengalami cedera ringan susulan kejadian tersebut dan menerima rawatan di hospital berhampiran.

Memetik laporan media antarabangsa newsflare.com, polis tempatan di bandar Longyan melaporkan bahawa kerbau yang sama telah menyerang empat lagi penduduk pada waktu kejadian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram