JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak sedang gigih melaksanakan operasi pencarian dan menyelamat dua lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan Temple Mariaman, Matang, Kuching, Sarawak pada Rabu.
Menerusi video dimuat naik di Facebook JBPM Sarawak itu, operasi pencarian mangsa yang dikhuatiri hilang ketika mendaki dilaporkan masih giat dilakukan.
Pada masa sama, operasi tersebut diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Kuching, Latif Iring.
BACA LAGI: Kaki 'hiking' kena tahu risiko berhalusinasi semasa mendaki
Dalam video sama, kelihatan beberapa anggota polis yang turut terlibat ketika operasi tersebut.
Namun, kedua-dua mangsa dilaporkan masih belum ditemui setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram