JENAYAH kejam sering kali mencuri perhatian masyarakat tidak kira di dalam dan luar negara. Hal ini kerana setiap jenayah terutamanya yang melibatkan pembunuhan kejam terselit seribu kisahnya yang sendiri.
Antara kes pembunuhan kejam yang pernah menggegarkan dunia pada suatu ketika dahulu membabitkan seorang lelaki bernama Azam Mongori.
Manakan tidak, pada tahun 2020, Azam Mongori yang bekerja di sebuah kedai kebab telah membunuh seorang wanita dengan kejam.
Lebih sadis, pemuda berusia 24 tahun itu juga memotong dan mengerat mayat mangsa, Lorraine Cox, 32, kepada tujuh bahagian.
Kejadian yang berlaku di bandar Exeter, England itu turut mendapat perhatian dunia kerana suspek turut menyimpan mayat mangsa selama lapan hari di dalam kediamannya sebelum membuang badan mangsa ke beberapa kawasan sekitar Newton St Cyres termasuk semak.
In 2020, Azam Mangori murdered Lorraine Cox in his room above an Exeter kebab shop then cut her body into seven pieces. This is him leaving his apartment with her body in his bag. pic.twitter.com/IPyQnUaA6S
— Morbid Knowledge (@Morbidful) December 31, 2023
Baca Lagi : [VIDEO] Anggota JPJ cedera makan penumbuk kelindan lori baran
Malah, Azam turut menyamar dan menggunakan sosial media mangsa bagi mengaburi mata pihak berkuasa serta keluarga mangsa.
Azam telah menggunakan kad sim Lorraine dan menghubungi keluarga mangsa untuk memberitahu keadaan Lorraine berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Namun, rahsia suspek terbongkar selepas keluarga Lorraine melaporkan kehilangannya kepada pihak polis.
Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berjalan bersama Azam sebelum dia dilaporkan hilang.
Dalam satu rakaman video tular, Azam dilihat membawa satu beg besar dipercayai mengandungi mayat Lorraine dan video tersebut merupakan petunjuk utama pihak berkuasa sehingga mereka berjaya menemui kesemua bahagian mayat mangsa yang telah dibuang.
Setahun kemudian, Azam telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan penjara seumur hidup atas kesalahannya itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram