[VIDEO] Budak atas motor nyaris maut, kena rempuh kereta ‘gila’ di Puchong


  • Tular
  • Selasa, 02 Jan 2024

Tangkap layar video tular yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai terbabas sebelum merempuh beberapa kenderaan di Kampung Puchong Tengah, Puchong, Selangor pada Isnin.

TULAR satu kejadian kereta dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan termasuk sekurang-kurangnya tiga motosikal dalam insiden di Kampung Puchong Tengah, Puchong, Selangor pada Isnin.

Kemalangan itu turut dirakam melalui satu kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di lokasi.

Lebih mengejutkan, klip berdurasi 30 saat terbabit turut memaparkan kereta terbabas jenis Proton Exora itu nyaris melanggar sebuah motosikal yang sedang dinaiki sekurang-kurangnya dua individu melibatkan seorang lelaki dan kanak-kanak kecil.

Ketika kejadian, kedua-dua individu terbabit dipercayai sedang berada di hadapan sebuah premis kedai.

Bagaimanapun, penunggang lelaki itu dilihat seperti sudah melihat kehadiran kenderaan tersebut yang terbabas dan berjaya mengelak di saat-saat akhir dengan menggerakkan motosikalnya sedikit ke hadapan.

Bagaimanapun, kereta terbabit kemudiannya tetap merempuh beberapa motosikal lain diletakkan di hadapan premis terbabit termasuk sebuah kereta pacuan empat roda yang turut berada di lokasi.

Status kecederaan dan jumlah individu terlibat dalam kejadian tersebut bagaimanapun tidak dapat disahkan dengan polis masih belum mengeluarkan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan setakat laporan ini ditulis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram