[VIDEO] Tidak sampai 24 jam, wanita menyamar jadi jururawat culik, sumbat bayi dalam beg galas kena cekup


  • Benua
  • Isnin, 01 Jan 2024

Tangkap layar seorang wanita menculik bayi lelaki di sebuah hospital dekat El Savador pada Sabtu. — Agensi

SEORANG wanita menyamar sebagai jururawat untuk menculik seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di sebuah hospital di El Savador.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek berjalan menuju ke wad bersalin sebelum keluar bersama dengan seorang bayi yang kemudiannya disumbar dalam bag galas warna hitam.

Polis tempatan menerusi akaun X (Twitter) mengesahkan kejadian tersebut.

"Seorang bayi lelaki dilarikan pada awal pagi Sabtu lalu di Hospital San Juan de Dios dekat di San Miguel, Nueva Guadalupe oleh seorang wanita yang mengenakan uniform jururawat.

"Kejadian itu berlaku pada pukul 5.30 pagi Sabtu," ciapnya.

Pada masa sama, pihak berkuasa tempatan mengesahkan seorang lelaki dan wanita berjaya ditahan selang beberapa jam selepas kejadian culik tersebut.

Difahamkan, kedua-dua suspek menyamar sebagai ibu bapa kepada bayi berkenaan.

Baca Lagi: [VIDEO] Dakwa pernah hilang anak berusia 3 hari, remaja 19 tahun nekad curi bayi baru lahir sumbat masuk beg sandang

Kedua-dua mereka ditahan tidak jauh daripada hospital berkenaan.

Lelaki itu dikenali sebagai William Soto, 42, dari Nueva Guadalupe manakala wanita berkenaan dikenali sebagai Maribel Martinez de Aparicio, 45 tahun.

Kedua-dua mereka kini berada dalam tahanan polis dan bakal didakwa.

Manakala, bayi berkenaan telah diserahkan kepada ibu bapa kandungnya dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam perkembangan lain, ayah kandung kepada bayi malang yang dikenali sebagai Juan Rivas menyalahkan pihak hospital kerana sistem keselamatan yang lemah.

Katanya, dia hanya mengetahui kehilangan anaknya itu selepas dihubungi isterinya.

"Suspek menyamar sebagai jururawat membawa bayi itu pergi dengan mendakwa bahawa mereka akan memberinya beberapa suntikan vaksin tetapi tidak pernah kembali," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram