Kaki 'hiking' kena tahu risiko berhalusinasi semasa mendaki


  • Sihat
  • Jumaat, 17 Dis 2021

PENDAKI berisiko mengalami AMS yang lebih dikenali sebagai sindrom mabuk gunung. — Gambar Hiasan

AKTIVITI mendaki bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai dan menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk dalam kalangan orang berumur, kanak-kanak dan semestinya golongan belia.

Namun, setiap perkara pasti ada pro dan kontranya termasuklah aktiviti mendaki.

Menerusi artikel yang disunting oleh pakar perubatan, pendaki boleh terkena satu keadaan yang dinamakan sebagai ‘altitude sickness’ atau acute mountain sickness (AMS) yang lebih dikenali sebagai sindrom mabuk gunung.

AMS adalah satu keadaan yang menyebabkan anda sukar untuk bernafas ekoran kekurangan oksigen di dalam tubuh badan.

"Ia berlaku apabila individu pergi atau sampai ke kawasan tinggi yang mempunyai altitud melebihi 2,500 meter dari paras air laut.

"Di Malaysia, hanya Gunung Kinabalu sahaja yang mempunyai altitud setinggi ini dengan 4,083 meter," tambah agensi itu.

Jelasnya, simptom-simptom AMS yang mungkin berlaku kira-kira 6 hingga 24 jam selepas mencapai altitud yang sangat tinggi adalah sukar bernafas, pening kepala, loya, penat, hilang selera makan, insomnia dan jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan lanjutan seseorang itu boleh berhalusinasi!

Sementara itu, untuk mengelak dari berlakunya AMS ini, pengguna twitter AkuBudakGunung mencadangkan untuk melakukan (acclimitization) penyesuaian diri dengan mendaki secara kelajuan perlahan, sediakan air dalam tiga hingga empat liter walaupun ketika cuaca sejuk dan sediakan ubat.

"Acclimitization adalah satu proses tempoh waktu bagi badan sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Biasanya ambil masa satu hingga tiga hari.

"Simptom akan berlaku pada kadar 20 peratus. Kalau dah perasan simptom, do acclimitization. Rehat, hidrasi dan kekal tenang. Simptom hilang, baru mula naik

"Jangan lupa latihan. Lagi tinggi gunung, lagi tinggi elevation iaitu ketinggian yang anda kena kejar sebelum mulakan perjalanan. Jangan main-main. Serius," tambah hantaran dari pengguna Twitter itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mendaki, hiking, AMS, mabuk gunung, halusinasi