OGAWA V-Accento rekaan baharu atasi stres


  • Bizz
  • Sabtu, 30 Dis 2023

OGAWA V-Accento berfungsi khusus untuk melonggarkan otot yang keletihan dan melegakan ketegangan dalam badan.

SEIRING dengan tekanan dunia yang semakin mencabar, jumlah mana-mana individu yang mengalami stres juga menunjukkan peningkatan saban hari.

Stres boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu dan membawa kepada pelbagai permasalahan dan penyakit yang lebih kompleks hingga adakalanya boleh memberi impak negatif kepada insan sekeliling.

Lebih membimbangkan, pakar kesihatan juga mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda di Malaysia maut akibat serangan jantung.

Ini kerana, tekanan perasaan yang berlebihan berisiko mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Namun jangan bimbang, stres boleh dikurangkan dengan melakukan beberapa perkara yang disyorkan.

Product review at Ogawa Showroom, Pavilion Bukit Jalil  — AZLINA ABDULLAH/The Star

OGAWA baru-baru ini melancarkan kerusi urut terbaharu, OGAWA V-Accento.

Antaranya termasuklah melakukan teknik urutan bersesuaian untuk melegakan tekanan seperti urutan tangan, kepala, belakang badan dan juga kaki.

Justeru bagi mengatasi isu tekanan yang dialami kebanyakan rakyat Malaysia, OGAWA Malaysia tampil dengan inisiatif memperkenalkan kerusi urut terbaharu, OGAWA V-Accento.

OGAWA melancarkan V-Accento bertujuan membantu anda mengurangkan stres badan dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI), teknologi Jepun V.3 Gen mikroprosesor, mekanisme pro hibrid dan sistem urutan berkonsepkan tiga dimensi (3D).

Nikmati pengalaman urut yang benar-benar menyeluruh menerusi analisis tekanan teknologi AI, terapi ion negatif dan sistem urutan tekanan udara di seluruh badan.

Kerusi urut inovatif yang dilancarkan awal Disember lalu itu direka khusus untuk menganalisis tahap tekanan yang dimiliki individu.

V-Accento memiliki 15 program auto termasuk tiga daripadanya berfungsi khusus untuk menganalisis dan mengurangkan tahap stres manusia.

Dengan imbasan tubuh yang dilakukan setiap kali seseorang duduk, mereka dapat mengetahui tahap stres masing-masing, sama ada berada pada peringkat rendah, sederhana atau tinggi.

Ia kemudiannya akan berfungsi untuk melonggarkan otot yang keletihan seterusnya melegakan ketegangan dalam badan.

Menariknya, kerusi urut tersebut memiliki 15 program auto termasuk tiga daripadanya berfungsi khusus untuk menganalisis dan mengurangkan tahap stres manusia.

AI IntelliSense menggabungkan analisis tekanan AI, perintah suara dan imbasan badan.

Analisis Tekanan AI menggunakan teknologi AI untuk menganalisis tekanan dan ketegangan otot, seterusnya menyesuaikan urutan mengikut keadaan badan pengguna.

Product review at Ogawa Showroom, Pavilion Bukit Jalil  — AZLINA ABDULLAH/The Star

Tahap stres pengguna akan dipamerkan menerusi indikator tiga warna yang berbeza, iaitu hijau untuk tahap rendah, oren (sederhana) dan merah (tinggi).

Sementara itu, Perintah Suara AI pula bertujuan mengawal kerusi urut menggunakan arahan suara bagi memudahkan pelarasan dan jenis urutan yang diinginkan.

Imbasan Badan AI pula ialah imbasan seluruh badan yang membolehkan urutan disesuaikan dengan kontur badan pengguna.

AI IntelliSense kini lebih mesra pengguna berbanding sebelum ini dengan semua ciri boleh diakses dan dikawal hanya melalui satu sentuhan.

Hanya dengan satu sentuhan mampu mengenal pasti tahap stres dan memberi pilihan urutan yang sesuai dengan keadaan semasa. Wellness made simple!

Rekaan terbaharu daripada jenama terkemuka dalam industri kesejahteraan itu mempunyai kemudahan sensor tapak tangan yang mengimbas tubuh dan menggabungkan kompisisi badan, data kesihatan serta algoritma AI anda, kemudian memproses data tersebut kepada pilihan rendah, sederhana dan tinggi.

Product review at Ogawa Showroom, Pavilion Bukit Jalil  — AZLINA ABDULLAH/The Star

OGAWA V-Accento turut dilengkapi dengan terapi ion negatif yang bertindak mengeluarkan ion negatif bagi melegakan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur.

OGAWA V-Accento turut dilengkapi dengan terapi ion negatif yang bertindak mengeluarkan ion negatif bagi melegakan keletihan dan meningkatkan kualiti tidur.

Selain itu, terapi tersebut juga berupaya meningkatkan imuniti, menggalakkan metabolisme dan mengawal kadar denyutan jantung.

Alami sentuhan udara yang menyegarkan dengan AIR-Nergy, sistem urutan tekanan udara seluruh badan.

Berbeza dengan urutan tradisional yang menggunakan teknik kneading atau rolling, OGAWA V-Accento sebaliknya tampil dengan kelainan menerusi teknik urutan mampat udara yang bertujuan memberi kelegaan holistik.

Dengan hanya membayar RM147.05 sebulan selama 68 bulan, anda berpeluang memenangi hadiah percuma bernilai sehingga RM7,000.

OGAWA MOTION X TREADMILL

Pelanggan berpeluang memiliki treadmill percuma sementara stok masih ada.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk memiliki treadmill percuma, penimbang berat pintar, kit 3-dalam-1 bertekstur kulit berserta set Hadiah Healthy Living OGAWA yang mempunyai alat tekanan darah dan sistem untuk mengukur aras glukosa dalam darah.

Tertakluk pada terma dan syarat sementara stok masih ada. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi OGAWA Malaysia di talian +60196227731 atau ikuti media sosial :

FB: https://www.facebook.com/OGAWAMalaysia

IG: https://www.instagram.com/ogawamalaysia/

TikTok: https://www.tiktok.com/@ogawamalaysia?lang=en Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram