TIDAK menyangka hanya dengan langkah cukup mudah, Hamimi Ariff Safie yang terpanggil menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti terpilih sebagai pemenang bagi minggu ke-13.
Lelaki berusia 30 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml bernilai RM290.
"Rasa sangat gembira bila terpilih menang peraduan yang saya nampak di Facebook ini," katanya kepada Majoriti.
Hamimi Ariff Safie merupakan pemenang minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.
Selepas meraih kemenangan, dia semakin bersemangat untuk merebut hadiah utama berupa kondominium LEA by The Hills di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Dia yang merupakan seorang eksekutif mengimpikan hadiah itu untuk dijadikan sebagai aset memandangkan hadiah itu bernilai sangat tinggi.
"Kalau ikutkan, hadiah yang saya impikan memang kondo, kerana nilai dia RM602,800 memang berbaloi siapa yang bertuah itu," katanya.
Selain itu, dia turut ingin merebut hadiah berupa kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 untuk dihadiahkan kepada kedua ibu bapa tersayang.
"Kalau terpilih menang kerusi urut OGAWA VPresto pun seronok juga, dapatlah saya hantar ke kampung untuk beri kepada ibu bapa saya," katanya.
Selepas melanggan portal Majoriti, Hamimi meminati untuk mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan portal ini.
"Saya suka baca berita sukan kerana Majoriti banyak juga berita sukan terkini yang mewakili suara peminat," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram