REZEKI yang tidak disangka-sangka buat Wildan Muhammad, 35, selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu keenam.
Meluahkan keterujaannya, Wildan menyatakan hasratnya untuk meluangkan masa berdua dengan isterinya selepas memenangi hadiah mingguan berupa percutian ke Lexis Port Dickson selama dua hari satu malam termasuk sarapan di Executive Water Chalet.
Wildan berkata, kemenangan yang diperoleh diumumkan pada masa yang tepat memandangkan hari ulang tahun perkahwinannya bakal menjelang tiba.
"Saya bercadang untuk bawa isteri saya mengikuti percutian ini sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang jatuh pada tarikh 27 November depan," katanya.
Wildan berkata, pada mulanya dia seperti tidak menyangka mampu memenangi tiket percutian ke Port Dickson untuk dua orang memandangkan dia tidak menyimpan harapan terlalu tinggi.
"Saya hanya mencuba nasib, tidak percaya mampu memenangi hadiah mingguan berupa tiket percutian ke Port Dickson.
"Waktu diumumkan menang itu ingat main-main sahaja, rupanya menang betul! Alhamdulillah," katanya sambil mengucapkan syukur di atas rezeki kurniaan ALLAH.
Wildan tidak menyangka memenangi bagi hadiah percutian ke Lexis Port Dickson selama dua hari satu malam.
Pemenang yang merupakan seorang guru di Jasin, Melaka itu turut mengajak rakan-rakan dan keluarganya untuk turut serta dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Waktu dapat tahu menang, memang saya ajak kawan-kawan dan orang rumah untuk sertai," katanya.
Sebagai pendengar setia Suria FM, dia kerap mendengar mengenai hadiah-hadiah lumayan yang disediakan dalam kempen ini yang menarik minatnya untuk melayari portal Majoriti.
Tanpa mengambil masa yang lama, dia melayari portal Majoriti sejak sebulan lalu untuk mencuba nasib bagi memenangi hadiah utama.
"Saya tertarik hadiah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati itu sebab sekarang saya tinggal di rumah isteri saya.
"Kalau menang memang bertuahlah, menjadi rezeki untuk satu keluarga," katanya lagi.
Mengulas lanjut, Wildan berkata, dia gemar membaca isu semasa yang dikeluarkan dalam portal Majoriti sejak melayari portal tersebut.
"Saya suka baca berita semasa dan berita sukan yang dikeluarkan Majoriti," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram