OGAWA VPresto tampil fungsi terapi muzik, pasti menenangkan jiwa


  • Bizz
  • Jumaat, 20 Mei 2022

Kerusi Ogawa VPresto hadir dengan tiga kelebihan buat pengguna yang inginkan urutan menenangkan jiwa.

SETIAP individu yang menghabiskan hampir seharian dengan urusan kerja, pasti badan mula terasa lenguh dan merehatkan badan di atas katil semalaman tidak mencukupi untuk mengembalikan tenaga.

Apa yang diperlukan oleh setiap orang adalah mesin urut di rumah dan tentu sekali OGAWA mempunyai kerusi urut terbaik untuk membantu anda yang mahu tubuh diurut pada bila-bila masa sahaja terutamanya selepas penat bekerja!

OGAWA melancarkan kerusi urut VPresto yang bertujuan untuk membantu anda menjalani kehidupan lebih selesa dengan bantuan terapi muzik serta rentak binaural, teknologi Jepun M.3 GenTM mikroprosesor, tiga kali ganda X urutan S+L Track dan urutan akupuntur tangan serta tapak tangan.

Mesti semua masih kurang jelas dengan kelebihan kerusi urut VPresto OGAWA ini, oleh itu ingin disenaraikan tiga manfaat yang boleh diperoleh bila anda menggunakan VPresto OGAWA.

ogawa rasmi

Kerusi urut VPresto OGAWA yang bertujuan untuk membantu anda menjalani kehidupan lebih selesa

1) Terapi muzik dengan rentak binaural

Apabila dua nada frekuensi dengan sedikit perbezaan dimainkan di telinga kiri dan kanan secara serentak, ia menghasilkan penciptaan nada baharu di otak manusia seolah-olah nada ketiga yang frekuensinya bersamaan dengan perbezaan antara kedua-duanya. Ilusi pendengaran ini dipanggil rentak binaural.

Kelebihan kerusi urut yang dilengkapi rentak binaural ini adalah ia akan membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan melampau (anxiety), meningkatkan tumpuan, konsentrasi dan motivasi, meningkatkan keyakinan, berpeluang untuk meditasi yang lebih mendalam dan akan perhalusi prestasi psikomotor dan emosi anda.

2) Tiga Kali Ganda Urutan XS+L Trek

Siapa yang tidak suka bila kerusi urut memberi urutan di setiap bahagian badan? VPresto membantu mengurut dengan teliti terutamanya di kawasan penting seperti leher, belakang, tulang ekor dan pinggul dengan lebih tepat serta kekuatan optimum.

Ia akan membantu mengurut dengan mengikut posisi badan anda dan trek tiga kali ganda urutan X S+L (Triple X S+L) merupakan kaedah baharu yang secara ergonomik mengikut lengkung badan. Ia menyasarkan titik keletihan dengan teliti di kawasan penting anggota badan anda.

akupunktur

Antara fungsi kerusi urut OGAWA VPresto ialah tiga kali ganda urutan XS+L Trek dan urutan akupunktur tapak tangan.

3) Urutan Akupunktur Tapak Tangan

Kerusi urut OGAWA pertama yang menghasilkan tekanan pada titik tekanan tapak tangan. Ia berupaya melegakan kesakitan, memberikan keseimbangan dan meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.

Selain tiga kelebihan utama, kerusi urut OGAWA VPresto mempunyai banyak fungsi versatil lain yang diperlukan oleh setiap individu seperti terapi muzik yang akan fokus kepada meditasi pernafasan dengan muzik yang tenang, kategori merelakskan diri membantu memulihkan badan anda melalui teknik urutan ketukan dan menguli, regangan pula akan fokus kepada gaya regangan Thai, kategori terapi meningkatkan kualiti tidur dan bangun bertenaga dengan program yang telah membuktikan 88 peratus kecekapan tidur serta dan tidak lupa penjagaan kesihatan anda meliputi spine care, penjagaan leher dan penjagaan lumbar (bahagian bawah belakang tubuh).

Apa tunggu lagi, dapatkan kerusi urut OGAWA VPresto serendah RM 6.29 sehari kerana anda boleh membayar secara ansuran sehingga 68 bulan tanpa dikenakan sebarang faedah.

promo ogawa

Promosi yang diberikan OGAWA buat pelanggan mereka.

Lebih menarik kali ini OGAWA memberikan promosi khas sehingga 31 Mei 2022 iaitu sebarang pembelian kerusi urut VPresto, anda akan mendapat satu unit MySofa Luxe. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web OGAWA https://bit.ly/3FjAO0P dan WhatsApp OGAWA: 019-622 7731. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram