Pemenang mingguan idam kerusi urut OGAWA VPresto, mahu hilangkan sakit badan balik kerja


  • Bizz
  • Ahad, 24 Sep 2023

Rosdiana (kiri) berkongsi kegembiraan bersama adiknya, Fikriey Akmal selepas dipilih menjadi pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TIDAK menyangka mampu memenangi hadiah mingguan, seorang pentadbir, Rosdiana Akmal Kamaruzaman, 32, kini meluahkan hasrat terpendam untuk menjadi pemilik antara hadiah utama iaitu kerusi urut OGAWA VPresto.

Rosdiana berkata, memiliki kerusi urut itu di rumah pasti sangat berfungsi untuk melegakan kesakitan yang dialami pada bila-bila masa.

"Saya memang sudah lama minat kerusi urut ini," katanya kepada Majoriti.

Rosdiana merupakan salah seorang daripada 11 pemenang minggu keempat kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Dia yang memenangi minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml itu turut memberitahu tujuan sebenarnya melanggan portal Majoriti adalah untuk mengetahui isu semasa, namun beruntung kerana terpilih sebagai pemenang mingguan.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 8.03.11 PM

Rosdiana merupakan pemenang mingguan bagi hadiah minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50ml.

"Saya tidak sangka boleh menang, ini kali pertama saya mempunyai tuah terpilih menang peraduan," katanya.

Keterujaan dia terpilih sebagai pemenang mendorongnya untuk turut berkongsi cerita dengan rakan-rakannya mengenai Kempen Langgan dan Menang Majoriti ini.

Rosdiana turut mengakui langkah yang diberikan untuk memenangi hadiah adalah sangat mudah.

"Saya cuma pergi website Majoriti dan langgan je," katanya.

Selain itu, seorang lagi pemenang mingguan yang bekerja sebagai guru, Nor Aeda Fitrieah Mustapha, 39, memenangi minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100 ml turut menyatakan hasrat ingin memiliki sebuah kerusi urut OGAWA VPresto.

WhatsApp Image 2023-09-21 at 8.08.19 PM

Nor Aeda merupakan pemenang mingguan bagi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100 ml.

"Saya kalau dapat peluang menang lagi, memang harap dapat hadiah kerusi urut OGAWA VPresto.

"Sebab bermanfaat untuk guna bila kita balik kerja seharian penatkan, mahu pergi spa ke atau tempat urut lain macam tiada masa.

"Jadi kalau dapat menang, sambil santai-santai di rumah pun boleh guna," katanya.

Nor Aeda turut meluahkan rasa syukurnya terpilih sebagai pemenang minyak wangi berjenama mahal itu.

"Saya tak pernah pakai minyak wangi mahal ini, jadi mahu tahu jugalah bau dia bila pakai macam mana, syukur sangatlah bila terpilih menang itu," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan yang ditawarkan meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan ke Taiwan untuk dua orang bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.

Masih belum terlambat untuk menjadi sebahagian pemenang bertuah kempen ini kerana masih ada berbaki 15 minggu dan anda turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah utama yang ditawarkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram