KECOH apabila seorang pemandu Bezza dikejar beberapa buah kenderaan polis dalam satu insiden yang berlaku di Cyberjaya kira-kira pukul 2.30 pagi Selasa.
Kejadian yang dirakamkan oleh seorang saksi, turut mendakwa bahawa individu terbabit memandu secara melawan arus di laluan berkenaan dengan kelajuan tinggi.
Meskipun laluan agak lengang dan sepi tanpa kenderaan lain, aksi kejar-mengejar itu dikatakan berterusan hingga ke arah Seri Kembangan, Selangor dan mengundang pelbagai komen warganet di Twitter.
"Sampai ke Seri Kembangan ye polis ni kejar, lalu depan flat saya nampak jelas," kata shvshvv.
"Polis satu Cyberjaya kejar ni, mesti kes besar sebab tak nampak pun kru filem atau macam pengambaran syarikat produksi," ujar Hidayat Shah.
"Ingatkan ada kecemasan ke apa, rupanya kejar Bezza, lama juga polis kejar, tak dapat tahan lagi ke," tambah kalciao.
"Mustahil tak dapat kejar sebiji Bezza, dia pasang turbo pun mana boleh lari sangat sebab yang kejar tu punya la banyak," jelas AmirllHsni.
Walau bagaimanapun, segelintir warganet mendakwa ia merupakan kes dadah melibatkan pemandu mabuk namun, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini.
Orang ramai diminta untuk tidak membuat spekulasi berkaitan perkara itu dan mereka yang mempunyai maklumat, diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram