[VIDEO] Konvoi tentera AS kena sekat askar Iraq


  • Benua
  • Sabtu, 02 Dis 2023

Tangkap layar pasukan tentera Amerika Syarikat disekat oleh kumpulan Briged ke-30, Hashd al-Shaabi di daerah Al-Namrud, Mosul, wilayah utara Iraq.

PERGERAKAN konvoi pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di daerah Al-Namrud, Mosul, wilayah utara Iraq, disekat kumpulan dikenali sebagai Briged ke-30, Hashd al-Shaabi baru-baru ini.

Unit Mobilisasi Popular (PMU) yang disokong kuat Iran itu, bertindak menghalang laluan tentera AS sebagai tanda campur tangan Iraq berhubung ketegangan yang berlaku.

Hashd al-Shaabi pada mulanya merupakan satu pasukan yang terdiri daripada golongan pengikut Syiah dan ditubuhkan untuk menentang ancaman militan ISIS.

Namun, kumpulan ini telah berkembang dan menjadi sebahagian daripada pasukan keselamatan Iraq dan hubungan baik yang terjalin bersama Iran, telah membawa kepada percetusan konflik dengan pihak AS.

Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan tentang keseimbangan kuasa ketenteraan di Iraq dengan pengaruh kuasa luar seperti Iran dan AS selain turut berisiko meningkatkan ketegangan di rantau terbabit.

Justeru, campur tangan kerajaan Iraq amat diperlukan untuk mencegah peningkatan konflik dan membawa peringatan yang jelas tentang situasi kompleks yang melanda Iran ketika ini.

Sementara itu, menurut laporan media antarabangsa, pasukan perisikan AS mendakwa serangan Iran sebelum ini tidak hanya ditujukan kepada negara terbabit, malah ia juga sedang dalam usaha untuk meningkatkan tekanan ke atas penguasaan Israel di Gaza. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram