[VIDEO] Tak puas hati motosikal disaman, 2 remaja ditahan kerana hina tugas polis di Kerian


  • 112
  • Sabtu, 02 Dis 2023

Tangkap layar seorang remaja lelaki mengeluarkan kata-kata kesat terhadap polis selepas menerima surat saman di Tanjung Piandang, Kerian, Perak.

TINDAKAN biadap dua remaja lelaki yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa selepas dikenakan saman, mengundang padah apabila ditahan polis pada Jumaat.

Dalam satu video tular di laman media sejak Khamis, rakaman itu memaparkan perbuatan suspek yang memaki dan menghina tugas polis sebaik menerima surat saman di Tanjung Piandang, Kerian, Perak.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, remaja berusia 14 tahun itu disaman oleh penguat kuasa trafik dalam satu operasi yang dijalankan di Ban Pecah Tanjung Piandang.

"Tidak puas hati kerana dirinya disaman, remaja itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pihak berkuasa. Perbuatan itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun sehingga tular di aplikasi TikTok.

"Susulan itu, pihak polis menjalankan penangkapan ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen Akta Komunikasi Multimedia.

"Sebuah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya lagi, hasil semakan dijalankan suspek pernah ditahan sebelum ini bagi siasatan terhadap beberapa kesalahan jenayah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram