Pusat Pemindahan Kekal Bencana diwujudkan segera di 9 negeri — PM Anwar


  • Primer
  • Selasa, 28 Nov 2023

Kerajaan merancang untuk mewujudkan Pusat Pemindahan Kekal Bencana bagi memberikan perlindungan yang lebih baik untuk mangsa banjir. — Bernama

PUSAT Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) akan diwujudkan segera, dengan projek rintis dimulakan di sembilan negeri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, PPKB itu melibatkan kos siling RM5 juta bagi setiap pusat dan bakal menjadi satu kemudahan perlindungan mangsa banjir yang lebih baik berbanding pusat pemindahan sementara (PPS).

"Kita hadapi banjir setiap tahun, tak munasabah hanya jadikan PPS sahaja, sebab itu kerajaan putuskan untuk segera ditubuhkan PPKB.

"Jadi pusat ini mungkin juga boleh jadi pusat aktiviti komuniti di luar musim banjir tetapi dengan satu persiapan hadapi banjir agar ia lebih baik,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) sama ada kerajaan ada perancangan dan tindakan untuk menambah baik kemudahan asas PPS di seluruh negara. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram