[VIDEO] Berebut tanah punya pasal, 3 lelaki bermati-matian bergaduh guna mesin jengkaut


  • Benua
  • Selasa, 28 Nov 2023

Tangkap layar tiga individu lelaki dirakam saling berbalah dan bergaduh menggunakan mesin jengkaut di Siak, Riau, Indonesia baru-baru ini.

KECOH di sebuah ladang kelapa sawit apabila tiga individu lelaki dirakam saling berbalah dan bergaduh mengunakan mesin jengkaut di Siak, Riau, Indonesia baru-baru ini.

Insiden itu dipercayai berlaku akibat konflik perebutan tanah antara dua syarikat untuk menjalankan tanaman di kawasan tersebut.

Situasi kian meruncing apabila salah satu daripada mesin pengorek itu nyaris terbalik akibat ditolak dan dirempuh dua lagi jengkaut di situ.

Dirakamkan menerusi kamera telefon pintar, video berdurasi seminit 23 saat itu tular di laman media sejak Sabtu lepas.

Dalam pada itu, Ketua Polis Siak, Asisten Komisioner Asep mengesahkan kejadian terbabit.

Jelasnya, kejadian luar biasa itu berlaku pada dua minggu lalu namun belum ada maklumat terperinci diterima berhubung punca kekecohan terbabit.

"Alhamdulillah, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik, kami juga memberi amaran kepada semua pihak agar masing-masing dapat mengawal diri dan tidak bersifat agresif.

"Tindakan pengendali kepada ketiga-tiga mesin jengkaut itu merupakan perbuatan yang sangat berbahaya dan orang awam dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan perkara serupa," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram