Pemandu nyaris terkorban, van hangus rempuh tiang telekomunikasi di Ipoh


  • 112
  • Selasa, 28 Nov 2023

Sebuah van rentung selepas terbabas dan merempuh sebuah tiang telekomunikasi di Jalan Charleton, Taman Cherry, Ipoh, Perak pada Isnin malam. — JBPM Perak

SEORANG individu lelaki terselamat selepas kereta yang dipandu terbabas dan terbakar dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Charleton, Taman Cherry, Ipoh, Perak pada Isnin malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai R.Ranganathan, 58, telah melanggar tiang telekomunikasi lalu terbabas.

"Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.54 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi kejadian mendapati sebuah van telah terbakar sebanyak 90 peratus.

"Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki berjaya menyelamatkan diri keluar dari kenderaan itu setelah terbabas," katanya dalam kenyataan.

Katanya, ketua operasi melakukan konsep 'receo' dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran salur bantu mula bersumberkan air dari jentera bomba.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhurazi Johari itu tamat pukul 11.53 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram