[VIDEO] 'Tua tak sedar diri', pak cik gatal kantoi simpan koleksi gambar ibu mengandung di Shah Alam


  • Tular
  • Selasa, 24 Okt 2023

Tangkap layar seorang lelaki ditahan selepas didakwa menyimpan gambar wanita mengandung di sebuah pusat beli belah di Shah Alam, Selangor.

PERBUATAN jijik seorang individu lelaki yang gemar menyimpan gambar wanita mengandung akhirnya terbongkar apabila dia ditahan dalam satu kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah dekat Shah Alam, Selangor pada Ahad.

Berkongsi pengalaman di laman media, seorang wanita yang turut menjadi mangsa kelakuan itu menjelaskan bahawa dia diekori lelaki berkenaan sepanjang berada di premis berkenaan.

Menyedari situasi tersebut, dia yang berasa takut memaklumkan hal itu kepada suaminya yang kemudiannya terus menahan dan merampas telefon pintar lelaki tersebut.

Sebaik pemeriksaan dilakukan, alangkah terkejutnya si suami apabila gambar isterinya dan beberapa lagi wanita mengandung tersimpan di dalam koleksi peribadi individu itu.

Rakaman kejadian yang dikongsikan di laman media itu tular sejak Isnin dan meraih lebih 20,000 jumlah tontonan setakat ini.

Meskipun berpakaian jubah labuh, mangsa menganggap ia sebagai situasi tidak logik dan menyoal di manakah kesalahannya yang boleh mengundang kejadian seperti itu.

"Saya terfikir, ada silap ke pakaian saya tapi dia memang duduk depan sambil pegang kamera telefon tengok perut saya, bila kita pandang dia angguk kepala.

"Saya harap pak cik itu berubah tetapi tengok pada caranya macam dah terbiasa buat," katanya di ruangan komen.

Sementara itu, warganet turut megecam perbuatan lelaki berkenaan dengan rata-ratanya menggesa agar dia ditahan polis.

"Tua tak sedar diri, tak ada kerja lain agaknya nak buat sampai perempuan mengandung pun dia suka buat koleksi, jijik betul perangai," kata Aisyah Mansor.

"Kalau kena dekat isteri aku, memang siap pak cik ini aku kerjakan, langsung tak hormat orang, ada telefon buat benda bukan-bukan tak kena pada usia tua," ujar Shamie Shahzan.

"Lelaki gatal memang tak kira tua atau muda, kalau dah namanya gila seks memang akan buat perkara terkutuk macam itu, ibu mengandung hati-hati sebab kita tak salah pun, pakai baju cukup lengkap selamat tertutup tetapi masih jadi mangsa kes macam ini," jelas Nur FarishaIlya.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat berhubung kes itu namun belum ada sebarang kenyataan mahupun tangkapan dilakukan pihak penguat kuasa terhadap si pelaku setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram