SPRM Johor cekup 3 wanita makan rasuah bantu calon lulus ujian memandu


  • 112
  • Isnin, 23 Okt 2023

Tiga wanita ditahan SPRM Johor kerana didakwa menerima rasuah untuk membantu calon lulus dalam ujian memandu. — Gambar hiasan

DUA pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) Cawangan Kota Tinggi, Johor dan seorang kerani Pusat Lesen Memandu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana menerima rasuah.

Menurut sumber, suspek berusia 23 hingga 43 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor pada pukul 9 malam Ahad.

"Mereka ditahan berikutan kerjasama dengan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan aplikasi elektronik kepada kerajaan," katanya.

Ketiga-tiga wanita itu didakwa menerima rasuah daripada calon yang menduduki peperiksaan berkomputer sebagai dorongan untuk lulus peperiksaan.

"Siasatan masih diteruskan dan lebih banyak tangkapan dijangka dibuat dalam kes itu," kata sumber.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram